Isu penggunaan nama XPDC oleh Real XPDC kini menarik perhatian presiden Persatuan Karwayan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Freddie mendengar keluhan daripada beberapa pihak yang menganggap Real XPDC ibarat telah mencuri hasil karya milik XPDC dan menggunakannya untuk meraih keuntungan menerusi persembahan yang mereka ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Freddie, hanya ada 2 kumpulan yang berhak menggunakan nama itu iaitu XPDC Kita Pengyu dan XPDC Militia kerana mereka diberikan kebenaran oleh Life Records. Ditambah pula mereka ada anggota asal XPDC.

Jadi, sebarang usaha mewujudkan kumpulan lain dengan nama XPDC dengan genre muzik sama adalah satu tindakan menghasilkan versi tiruan.

Ini akan mempengaruhi imej dan jenama XPDC itu sendiri. Real XPDC sendiri banyak membawa lagu lagu XPDC di showcase mereka.

Dipetik dari Astro AWANI, Freddie berkata: “Merujuk kepada kumpulan XPDC di bawah Izo dan XPDC Zua Amy, saya ada terbaca ia masih di bawah keizinan pemegang jenama XPDC iaitu Life Records.

“Masih dirasakan relevan juga kerana kedua-duanya punya ahli asal XPDC dan pernah terbit album di atas nama XPDC.

“Jika ada jenama XPDC yang ketiga, saya rasa ia agak keterlaluan, apatah lagi sekiranya tiada ahli XPDC asal.

“Jika sebagai tribute band atau impersonator, saya kata ya. Tapi sebagai alternatif bagi XPDC, tidak sama sekali.”

Beliau kemudian berpendapat, polemik dan perdebatan tentang perkara itu secara tak langsung akan memberikan manfaat kepada XPDC tiruan yang meraih perhatian peminat dan penganjur persembahan, kerana pengaru daripada jenama kumpulan asal.

Selain itu Freddie menegaskan bahawa XPDC bukan nama biasa biasa. Ianya jenama kumpulan rock yang menjadi pilihan rakyat marhaen sejak sekian lama.

Freddie menyeru semua pengkarya asal termasuk XPDC mengambil langkah melindungi hak cipta dan jenama mereka. Dia meminta semua artis agar peka tentang perihal harta intelek.

Langkahnya dengan mempatenkan dan mendaftarkan jenama tersebut agar tidak sewenang wenang digunakan pihak lain di masa akan datang.

Isu perpecahan kumpulan rock ini bukan perkara baharu sama ada di Malaysia atau luar negara.

Eddy Badry Sedia Kemukakan Bukti Bahawa Dia Pengasas XPDC & Real XPDC

Bezanya, artis Barat, biasanya tidak akan menyentuh jenama asal apabila keluar daripada kumpulan mereka.

Misalnya David Coverdale menubuhkan White Snake setelah keluar dari Deep Purple.

“Perebutan nama sering berlaku dalam kalangan kumpulan muzik kita, kerana kita punyai pasaran yang kecil, jadi jalan mudah ialah mengguna pakai legasi yang pernah dimiliki sama ada dari segi nama, lagu dan karakter.”

Ini akan memgelirukan peminat dan peminat pun boleh berpecah belah. Sekaligus akan merosakkan harga pasaran kumpulan tersebut.

Freddie menjelaskan kumpulan yang segah nama XPDC adalah kumpulan yang memiliki nilai pasaran kumpulan berlipat kali ganda berbanding beberapa kumpulan lain di Malaysia.

Namun kini, ramai yang cuba menggunakan nama itu untuk membuat persembahan.

Akhir sekali, beliau rasa lega apabila mengenang kembali apa yang berlaku kepada kumpulan kugiran yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu.

Di mana ketika mendiang Lewis Pragasam keluar daripada kumpulan tersebut, mujur dia tidak mewujudkan Real Revolvers, sebaliknya beliau menubuhkan kumpulan baharu bernama Asiabeat.

Sambil menyatakan bahawa perbezaan pendapat dalam kumpulan band adalah biasa. Dan akhirnya mereka akan tetap bersahabat buat selamanya.