Pengurus Real XPDC, Eddy Badry menyatakan dia kecewa dan sedih apabila ada pihak mengganggu periuk nasi kumpulan rock tersebut.

Di mana ada pihak yang mesabotaj Real XPDC dengan mengugut penganjur karnival dan expo agar tidak menjemput Real XPDC. Atau mereka akan disaman atau berdepan dengan tindakan perundangan.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Menurut Eddy Badry, banyak penganjur expo dan karnival mahu mendapatkan khidmat Real XPDC kerana bayaran jauh lebih murah berbanding dengan XPDC Kita Peng Yu atau Militia. Namun kini ramai yang takut kerana sudah diugut.

Eddy Badry mendakwa dia adalah pengasas XPDC dan dia berhak untuk menggunakan nama XPDC. Seterusnya kumpulan Real XPDC juga berhak membawakan lagu lagu XPDC.

“Saya adalah penubuh dan pengurus XPDC, kenapa pula saya tidak boleh menggunakan nama XPDC. Saya adalah bapak XPDC!” tegas Eddy Badry kegeraman.

Di mana Eddy Badry menyatakan bahawa dia dan arwah Mael yang menubuhkan XPDC pada 1987.

Eddy Badry mendedahkan bahawa kumpulan XPDC yang lain ketika ini rasa terancam dengan kehadiran Real XPDC.

Bercakap kepada Mstar, Eddy Badry berkata: “Perkara ini sudah berlarutan selepas saya tubuhkan semula kumpulan XPDC jadi mereka lihat kami ni sebagai ancaman kepada pergerakan mereka, sedangkan kumpulan XPDC ini saya yang tubuhkan patutnya mereka kena hormat la.

“Mereka cuba ugut penganjur expo supaya jangan ambil kumpulan Real XPDC dan bagitahu kami ni melanggar hak cipta tapi syarikat rakaman muzik tak pernah pula nak hantar surat saman kepada kami.

“Hampir dua tahun saya diamkan tapi sekarang saya rasa ugutan ini sudah melampau.”

Buat masa ini Eddy Badry menganggap ugutan daripada pihak sana sebagai ugutan layang dan tidak ada surat tuntutan diserahkan kepadanya.

Eddy Badry turut mengingatkan bahawa dia adalah punca kenapa lagu lagu XPDC kembali didengari pada ketika ini. Semuanya atas usahanya.

“Syarikat pemilik XPDC sendiri tahu apa yang saya sedang saya buat dan gerakan. Apa yang yang saya buat ini membuatkan nama XPDC itu kembali mekar. Menyebabkan ramai orang ambil tahu dan melihat semula video lagu lagu XPDC yang memberikan pendapatan kepada syarikat berkenaan,” tegas Eddy Badry.