Eddy Badry menasihati agar XPDC dan Real XPDC agar tidak menjadi kacang yang lupakan kulit yang lupa dengan pengorbanan orang yang pernah membantu mereka.

Dalam post tersebut, Eddy Badry menulis XPDC yang lupa daratan.

Eddy Badry menerusi reels Facebook berkongsi kapsyen: “Jangan jadi kacang lupakan kulit dan orang yang tidak mengenang budi.”

Dia menujukan nasihat itu kepada XPDC, Real XPDC dan semua orang denganĀ berkongsi mutiara kata berbunyi: “Satu hal yang harus kamu ingat dalam hidup kamu, jangan pernah memaksa diri kamu berada di tempat yang kamu tak diinginkan.

“Sebanyak manapun pengorbanan dan kebaikan yang kamu lakukan, semua itu tak akan pernah berharga di tempat yang salah.

“Yang ada hanyalah kesalahan dan kekurangan kamu yang akan selalu dicari. Bahkan di saat kamu diam sekalipun.

“Maka jangan pernah jadi pelangi di depan mata orang yang buta warna. Kerana kamu tak akan pernah meyakinkan seekor lalat untuk menyukai bunga berbanding sampah.

Eddy Badry dan XPDC sebelum ini berkonflik pandangan tentang penggunaan nama XPDC.

Pengurus XPDC Kita Peng Yu, Yazid baru baru ini melabel band XPDC tiruan seperti Real XPDC adalah sampah sarap yang harus dihapuskan.

Eddy Badry mempertahankan haknya untuk menggunakan nama XPDC kerana menurutnya dia adalah pengasas kumpulan tersebut. Sambil mengiktiraf dirinya sebagai bapa XPDC.