Will Connolly atau ‘Egg Boy’ mula dikenali ramai selepas tindakan berani dirinya memecahkan telur mentah ke atas kepala senator Fraser Anning. Kejadian yang berlaku ketika Anning menyalahkan mangsa tragedi tembakan di masjid telah menyebabkan Anning melakukan kekasaran terhadap ‘Egg Boy’ dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Will.
Berikutan perkara itu,orang ramai mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana bayaran peguam bagi pihak ‘Egg Boy’. Namun tidak lama kemudian Will Connolly menghubungi pihak yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan dana tersebut dan memberitahu keputusannya untuk menyumbangkan sebagaian daripada dana tersebut kepada keluarga mangsa.

Will Connolly, better known as 'Egg Boy', has donated $100,000 to help Christchurch mosque attack survivors.
'I decided to donate all monies to help provide some relief to the victims of the massacre… it wasn’t mine to keep,' he said.
On ya Will. ❤️🥚 https://t.co/Z4bXtMe7F1 pic.twitter.com/2ftu4cnxbq
— SBS News (@SBSNews) May 29, 2019
https://twitter.com/TwitterMoments/status/1133500534718050304
“Saya telah membuat keputusan untuk mendermakan semua wang derma ini kepada mangsa tembakan tempoh hari. Ianya bukan milik saya untuk disimpan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kepada anda,” tulis Will di laman Instagram beliau.
Kini setelah mendapat pengesahan mengenai status tindakan undang-undang terhadap dirinya bahawa semua tuduhan telah dilucutkan, Will membuat keputusan untuk mendermakan keseluruhan jumlah dana terkumpul kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban mereka.