Buat yang tidak mahu pening kepala sewaktu melancong ke sesebuah negara, kebiasannya mereka akan mengambil perkhidmatan ejen pelancongan dari syarikat tertentu.
Dengan membayar sejumlah harga, anda hanya perlu membawa diri sahaja dan segala itinerari seperti tempat tinggal dan lokasi menarik untuk dilawati akan diuruskan sepenuhnya oleh wakil ejen pelancongan yang dilantik.
Rupanya ada sahaja kerenah individu di luar sana yang cuba mengambil kesempatan ke atas kebaikan ejen pelancong tempatan.
Seorang pengguna threads bernama Syazwan Mohd berkongsi tentang kisah seorang individu yang mahukan itinerari iaitu nama hotel-hotel yang digunakan di dalam pakej milik syarikatnya.
“Client tak jadi ambil pakej travel. Katanya anak-anak dia nak uruskan sendiri. Tapi dia mintak nama-nama hotel yg kami guna untuk pakej tu,” kongsinya.
Oleh itu dia memberi perumpaan yang mana situasi ini seperti klien cuba buat tempahan dekat kedai makan dan mahu hidangan siakap tiga rasa namun akhirnya membatalkan hasratnya malahan meminta resepi dari tuan kedai.
Melihat ke ruangan komentar, dia mendakwa masih memberikan nama hotel yang dipinta kerana tidak mahu memanjangkan isu terbabit.
Rupanya situasi yang dikongsikan itu sebenarnya dialami oleh ramai lagi pemandu pelancong tempatan lain yang mana mendakwa memang wujud individu berperangai sedemikian.

Seorang wanita yang bekerja sebagai mutawif mendedahkan tangkap layar memperlihatkan bagaimana individu menekan dengan pelbagai soalan termasuklah meminta intipati pengisian ziarah dan sebagainya.

Ada pula berkongsi yang seorang individu meminta dia untuk menjadi tour guideĀ secara dic tetapi perlu pergi dengan bajet sendiri.
Seorang lagi pemandu pelancong tempatan turut mengalami perkara yang sama di mana menerima soalan lengkap berkenaan itinerari namun selepas diterima langsung berdiam diri.
Alangkah terkejut melihat individu itu pergi sendiri dengan mengikuti itinerari yang diberi tanpa minta izin.
Oleh itu, ramai memilih untuk meminta deposit untuk itinerari ke sesebuah negara kerana sudah kerap berlaku.