Australia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang wajib dicuba oleh orang ramai kerana lengkap dari landskap alam semula jadi yang menakjubkan hingga ke kehidupan bandar yang menarik.

Tetapi terdapat negara tertentu seperti Malaysia diperlukan membuat permohonan visa terlebih dahulu sebelum boleh melancong ke sana.

Seorang pengguna Threads bernama @payedd berkongsi pengalamannya sendiri bagaimana permohona visa telah pun diluluskan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Sering disoal tentang dokumen apakah yang diperlukan dalam memastikan memenuhi kriteria permohonan visa sehingga boleh lulus memandangkan negara itu mempunyai standard yang sangat ketat dalam meluluskan sesuatu permohonan visa.

visa
Sumber Gambar: Threads @payedd

Sebagai bukti, dia sedia menyertakan gambar permohonan visanya yang diterima pada minggu lalu.

Oleh itu, dia berkongsi senarai penuh dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan visa dari Australia.

Senarai Dokumen Sokongan Permohonan Visa ke Australia:

1. Surat Tujuan ke Australia

2. Surat Pengesahan Majikan – bukti perlu kembali ke Malaysia untuk bekerja

3. Itinerari Lengkap Sepanjang Di Australia

4. Tempahan Hotel / Penginapan

5. Itinerari Penerbangan – termasuk penerbangan ke mana-mana destinasi lain sebelum/selepas Australia

6. Penyata KWSP (EPF)

7. Penyata ASNB

8. Penyata Tabung Haji (TH)

9. Penyata Bank Peribadi (3–6 bulan terkini)

10. Penyata Bank Perniagaan (jika ada)

11. Maklumat Pendaftaran Perniagaan (SSM)

12. Surat Tawaran Pekerjaan (Offer Letter)

13. Salinan Geran Kenderaan

14. Salinan Penuh Passport

15. Salinan Kad Pengenalan (IC)

16. Salinan Borang 1554

17. Jadual Keluarga – termasuk maklumat IC ibu bapa

18. Salinan Surat Beranak

Info lain yang dikongsikan menerusi ruangan komentar, sebarang yang dokumen yang disediakan oleh beliau seperti mungkin itenari dan surat tujuan ke Australia disediakan di dalam Bahasa Inggeris.

Sementara surat atau dokumen rasmi yang memang bertulis dalam Bahasa Malaysia sedia disertakan dalam bahasa asal sahaja. Jika semua berjalan lancar, dia mendakwa visa itu bakal diluluskan dalam tempoh 2 ke 3 hari sahaja.

Kalau masih gagal, anda disarankan untuk mengemukakan semula permohonan sehinggalah ia lulus. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai rakyat Malaysia mengetahuinya serta dijadikan panduan dengan gaya lebih mudah difahami.