Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kos sara hidup dilihat semakin meningkat sekaligus penempatan selain Kuala Lumpur menjadi tumpuan ramai kerana dianggap lebih murah.

Namun berbeza bagi seorang wanita ini apabila dia mendakwa perlukan pendapatan bulanan mencecahan puluhan ribu ringgit baru dikira selesa hidup di Pulau Pinang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video yang dikongsikan melalui TikTok, apabila ditujukan soalan berkenaan pendapatan yang selesa untuk hidup Pulau Pinang. Wanita itu lantas memberi respons dengan mengatakan pendapatan yang selesa adalah sekitar RM20,000 di mana termasuk kombinasi gaji suami dan isteri.

Dari jumlah itu, dia menerangkan kegunaannya merangkumi rumah, dua buah kereta, utiliti, petrol, yuran sekolah anak, kelas tambahan, balik kampung, beri wang kepada ibu bapa dan juga hiburan di hujung minggu.

Dia juga mendedahkan dengan RM20,000  membolehkan kehidupan yang lebih selesa di samping membuat simpanan menerusinya.

Apabila disoal bagaimana mampu mencapai pendapatan sebegitu tinggi, dia mendedahkan makan gaji sahaja tidak cukup, maka perlu menjadi ejen takaful dalam meraih pendapatan tambahan tanpa batasan.

@mulianileeya_

Jom kita servey lagi berapa incom yg selesa kalau tinggal di Penang … hampa macam mana pulak??

♬ Cap – burrell

Susulan video itu, netizen meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan wanita itu kerana perlu puluhan ribu ringgit untuk hidup selesa di Pulau Pinang. Ramai yang berkongsi bahawa mereka boleh hidup selesa walaupun gaji tidak setinggi yang dinyatakan dalam masa yang sama mendakwa ia tidak realistik.

Sumber Gambar: TikTok mulianileeya
Sumber Gambar: TikTok mulianileeya

Malah, ada yang berseloroh mengatakan tidak sangka kos sara hidup di Pulau Pinang jauh lebih mahal sedangkan di Kuala Lumpur masih boleh hidup dengan gaji dibawah paras yang dikatakan.