Seorang warganegara Malaysia berusia 25 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat  termasuk penyadapan wayar (wiretapping) di Norway.

Menurut laporan terkini, suspek telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) yang mana bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: scandasia

Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan tersebut dan difahamkan perbuatannya dilaporkan tiada kaitan dengan Malaysia.

Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek telah direkodkan kamera pengawasan dan didapati melakukan pengintipan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Peguam polis di PST, Thomas Fredrik Blom memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.

Suspek merupakan seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway dan hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Dalam masa sama, pihak Polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek tersebut. Malah, mereka juga mendakwa agak mustahil untuk seseorang berusia 25 tahun memiliki sumber dan alat canggih sebegitu.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terlibat dalam kes itu. Sementara penyiasat dari negara itu juga berpendapat suspek tidak berkait dengan kerajaan Malaysia tetapi berkemungkinan berkerja dengan sesuatu entiti asing.

Dalam pada itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST. Peguam bela, Aase Karin Sigmond menjelaskan bahawa beliau berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan ‘dramatik’.