Boleh dikatakan TikToker atau pempengaruh sentiasa berkembang bak cendewan selepas hujan pada hari ini. Mana tidaknya, semua orang boleh mengeluarkan telefon pintar dan langsung merakam konten untuk media sosial mereka.

Malah, ada yang sedia melakukan siaran langsung dalam mempromosikan kedai yang dikunjungi walaupun tidak diminta oleh pemiliknya.

Bagaimanapun, bukanlah semua orang boleh menerima pendekatan sebegitu yang mana seperti semborono sahaja tanpa meminta izin kepada yang berkaitan sebelum berbuat sedemikian.

Inilah yang diluahkan oleh seorang peniaga wanita yang dikenali sebagai Omeyaacob, yang mana dia meluahkan rasa kurang senang serta kecewa tentang respon yang diterima apabila menegur individu yang cuba bersiaran langsung di kedainya.

Beliau menyingkap semula pengalamannya berdepan TikToker yang menuduh dia menutup periuk nasi orang lain dek kerana menghalang melakukan siaran langsung di di situ.

“Kita larang someone not to do live TikTok in my restaurant, dah dituduh kita tutup periuk nasi dia pula. Dia tak fikir ke saya pun perlu jaga periuk nasi juga,” tulisnya.

Pemilik restoran berkenaan menjelaskan sebab dia memilih untuk tidak menghebahkan keberadaan bisnesnya itu adalah kerana ia hanyalah sebuah premis kecil yang hanya memuatkan sekitar 20 meja sahaja.

Dia juga mahu mengekalkan suasan yang tenang serta berada dalam terkawal tanpa perlu menjadi tular di media sosial.

“Saya masih old school F&B owner. Nak tenang-tenang je, tak nak bising-bising. Tak perlu viralkan restoran sebab saya lebih suka pelanggan datang dengan tenang,” tambahnya lagi.

Kerisauan wanita ini boleh dikira berasas memandangkan sudah acap kali kita melihat sebahagian kedai yang popular secara mengejut akan mengalami penurunan kualiti servis mahupun makanan susulan terkejut dengan jumlah pengunjung yang banyak.

Dia juga mungkin akan mengalami peningkatan pelbagai kos overhead tambahan seperti melantik lebih pekerja, membeli bahan mentah dalam jumlah yang besar serta membesarkan ruang restorannya.

TikToker
Sumber Gambar: Threads
Hantaran wanita itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya memberikan sokongan dengan pendiriannya dan tidak termakan dengan fenomena populariti yang mana akan membawa malapateka jika tidak dapat dikendalika dengan baik.
Netizen bersetuju jika kalau restoran atau kedai makan  seharusnya menjadi tempat yang tenang untuk merehatkan minda daripada kesibukkan urusan kerja sambil menikmati makanan yang sedap dan bukannya tergganggu dengan aktiviti live yang selalunya akan riuh-rendah.