Di dalam satu kisah yang cukup menyayat hati apabila seorang wanita muda di China yang berdepan dengan cabaran kewangan terpaksa memilih untuk hidup di dalam tandas .

Memetik SCMP, Yang, yang hanya berpendapatan RMB2,700 sebulan (kira-kira RM1,640), mendapati amat mustahil untuk mampu membayar penginapan biasa, dengan sewa di kawasan itu mencecah sehingga RMB1,800 (sekitar RM1,100).

Sebagai perbandingan, dengan kadar sewa sekarang hanya sekitar RMB50 bersamaan RM30.40 yang mana memperlihatkan harga yang jauh lebih murah.

sewa
Sumber Gambar: SCMP

Demi menampung kehidupannya, Yang bersetuju dengan majikannya untuk tinggal di tandas kecil enam meter persegi di tempat kerjanya, yang berfungsi sebagai tandas awam pada siang hari dan bilik tidurnya pada malam hari.

sewa
Sumber Gambar: SCMP

Untuk menjadikan ruang itu lebih selesa, Yang membawa masuk katil lipat, langsir, rak pakaian, dan peralatan memasak.

Walaupun tinggal dalam keadaan yang tidak biasa, Yang menegaskan kebersihan dan ketiadaan bau di kawasan itu, walaupun masih digunakan sebagai tandas oleh rakan sekerjanya pada waktu kerja.

sewa
Sumber Gambar: SCMP

“Saya tidak pernah mengunci pintu. Setakat ini, tiada apa-apa pun yang hilang,” katanya, sambil menjelaskan bahawa dia juga mengambil inisiatif untuk membersihkan tandas itu setiap hari.

Bos Yang, Cik Xu, bersimpati dengan keadaannya, menyedari kesukaran golongan muda hidup berdikari dengan bajet terhad.

Xu pernah menumpangkan Yang dan mengesahkan Yang mempertimbangkan pilihan lain seperti ruang pejabat kosong atau bilik RMB400 kira-kira RM244.39, tetapi akhirnya memilih tandas pejabat kerana selamat dan mudah.

Nasib baik menyebelahi Yang apabila Cik Xu memaklumkan tentang rancangan untuk memindahkannya ke bilik pejabat yang baru diperbaharui tidak lama lagi, menyediakan tempat tinggal yang lebih patut dan mulia.

Kisah Yang telah mencetuskan perbualan hangat dalam talian, menyoroti tekanan kewangan yang dihadapi oleh ramai pekerja muda dan sejauh mana sesetengah daripada mereka terpaksa berusaha hanya untuk terus hidup.