Penggunaan jam pintar sememangnya memudahkan sejumlah aktiviti seharian kita. Huawei selaku jenama terkemuka di dalam industri kini menawarkan Huawei  Watch 4 untuk memenuhi keperluan harian ramai.

Kami juga bertuah diberi peluang untuk menggunakan sebuah model jam pintar baharu Huawei selama dua minggu. Anda kena teruskan bacaan untuk ketahui review kami sepanjang penggunaan Huawei Watch 4 ini.

Tampil Rekaan Yang Lebih Eksklusif Dan Ergonomik

Huawei watch 4
Sumber Gambar: The Vocket

Huawei Watch 4 pada kali ini menampilkan rekaan eksklusif yang mana sangat mudah untuk dipadankan dalam aktiviti kasual atau rasmi. Binaan juga terasa premium dan saiznya juga ideal untuk pelbagai jenis pergelangan tangan.

Huawei watch 4
Sumber Gambar: The Vocket

Ini termasuklah dengan kehadiran butang fizikal dan skrol pada bahagian belah kanan yang mana berfungsi sebagai akses pantas kepada aplikasi tertentu seperti panggilan, menguji tekanan darah dan juga pilihan rekod aktiviti harian.

Paparan skrin yang jelas dan responsif

Sumber Gambar: The Vocket

Memang tidak diragui lagi, paparan Huawei Watch 4 tampak jelas untuk tatapan seharian. Anda boleh menavigasi dengan mudah kerana paparan skrinnya yang luas. Malah di dalam penggunaan dunia sebenar, kami masih boleh melihat semua paparan visual atau teks dengan jelas walaupun berada di tempat yang terbuka.

Menariknya, setiap navigasi boleh dibuat dengan lancar kerana kadar responsif yang baik. Setakat penggunaan harian, kami boleh melakukan pelayaran serta membuka aplikasi dengan lancar secara serentak.

Jadi pembantu harian yang efisien

Huawei watch 4
Sumber Gambar: The Vocket

Anda mahu menetapkan alarm, membuat panggilan kepada seseorang atau menyemak cuaca? Semua boleh dilakukan menerusi arahan suara sahaja. Speaker yang tersedia padanya cukup jelas untuk memberitahu maklumat yang dipinta serta boleh menjawab panggilan dengan baik.

Anda juga boleh membalas mesej secara terus pada skrin kerana mempunyai sokongan papan kekunci. Malah, setiap rekod kesihatan bakal direkod secara automatik dan mudah untuk dirujuk semula menerusi aplikasi Huawei Health.

Pengecasan bateri yang pantas

Sumber Gambar: The Vocket

Memang tidak dinafikan, pengecasan pantas yang ditawarkan sangat membantu untuk mengharungi sepanjang hari dengan jam pintar ini. Kami boleh mengecas kurang daripada 20 minit dan menggunakan Huawei Watch 4 untuk aktiviti seharian tanpa sebarang kerisauan.

Jangka hayat bateri yang lama juga membuatkan kami tidak perlu kerap melakukan pengecasan seperti mana yang terjadi pada jam pintar lain di dalam pasaran.

Sumber Gambar: The Vocket

Secara peribadinya, Huawei Watch 4 masih mengekalkan elemen eksklusif serta lengkap dengan pelbagai ciri dalam meningkatkan produktiviti seharian. Harganya pula boleh dikira masih berbaloi kerana boleh berfungsi sebagai telefon ke-2 yang mana menyokong kad e-Sim.

Anda yang berminat bolehlah dapatkan Huawei Watch 4 Series dengan harga RM1,999 sahaja menerusi laman rasmi Huawei, Shopee atau Lazada.