Dalam video ini, dua individu berbeza perwatakan melakukan aktiviti yang sama iaitu menjual gelang tangan. Seorang lelaki yang berpakaian seperti gelandangan menjual gelang tangan pada harga yang murah. Manakala individu kedua seorang perempuan berpakaian skirt pendek menjual gelang tangan pada harga lebih mahal. Tujuan eksperimen sosial ini adalah untuk menunjukkan kuasa pemasaran. Dan tonton video untuk melihat pemasaran yang mana lebih baik.