Pada beberapa hari lalu Tyra Kamaruzzaman mendakwa bahawa El Azman, pengasas jenama Elrah Exclusive, telah meniru reka bentuk kain samping yang diperkenalkan oleh jenama pakaian milik suaminya, Emran Rijal.

Tyra mendakwa reka bentuk samping tersebut adalah hasil warisan turun-temurun keluarganya sejak tahun 1890.

Baca Juga:

Dia juga telah mendedahkan sijil reka bentuk sampin tersebut yang direkodkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 kepunyaan keluarga Emran yang digelar sebagai ‘Keris “Sepukal” dan “Beko”’.

Sehubungan itu El Azman telah mengeluarkan kenyataan rasmi, menafikan Elrah Exclusive menciplak rekaan sampin tersebut.

El Azman memberi lima sebab menafikan dakwaan berkenaan.

Motif keris adalah warisan budaya, bukan hak esklusif individu
El Azman Kongsi 5 Sebab Nafi Ciplak Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman
Sumber Gambar: Facebook Elrah Exclusive Kluang Johor.HQ

Motif keris telah lama wujud dalam seni tekstil tradisional Melayu, termasuk dalam rekaan songket, batik, samping dan ukiran kayu. Seperti juga Motif Pucuk Rebung, Bunga Tanjung, Kaligrafi, Matahari dan lain-lain.

Motif keris buknalah sesuatu yang dicipta oleh satu individu atau keluarga tertentu, tetapi merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara. Oleh itu, motif ini tidak boleh didakwa sebagai milik eksklusif mana-mana pihak.

Pendaftaran hak cipta tidak membuktikan pemilikan sejarah

Kami mendapati bahawa pihak yang mendakwa hak ke atas motif ini hanya mendaftarkan hak cipta mereka pada tahun 2025, berdasarkan nombor notifikasi CRAR2025W00596.

Ini bermakna mereka baru sahaja mendapatkan perlindungan hak cipta dan tidak mempunyai bukti rasmi bahawa mereka telah memiliki motif ini sejak tahun 1890 seperti yang didakwa.

Hak cipta hanya melindungi reka bentuk spesifik yang telah didaftarkan dan bukan konsep atau elemen umum dalam seni tradisional.

Reka bentuk kami berdiri sendiri dan tidak meniru mana-mana pihak
El Azman Kongsi 5 Sebab Nafi Ciplak Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman
Sumber Gambar: Facebook Elrah Exclusive Kluang Johor.HQ

Koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 telah melalui proses reka bentuk dalaman kami sendiri yang menyesuaikan elemen tradisional ke dalam fesyen kontemporari.

Motif keris yang digunakan dalam koleksi kami adalah hasil interpretasi tersendiri dan bukanlah salinana langsung daripada mana-mana karya berdaftar.

Selagi motif yang digunakan tidak meniru secara tepat karya yang telah didaftarkan di bawah hak cipta, ia bukan satu kes pelanggaran hak cipta.

Dakwaan ini timbul hanya selepas koleksi kami dipasarkan

Kami juga mempersoalkan mengapa pihak tersebut hanya tampil selepas koleksi kami dilancarkan dan bukan sebelum ini.

Jika benar motif ini telah wujud dalam pemilikan eksklusif mereka sejak tahun 1890, mengapa tiada sebarang pendafataran hak cipta atau dokumen rasmi yang membuktikannya sebelum ini?

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada dakwaa ini dibuat atas dasar oportunis semata-mata.

Elrah Exclusive menghormati hak harta intelek dan warisan budaya
El Azman Kongsi 5 Sebab Nafi Ciplak Rekaan Samping Suami Tyra Kamaruzzaman
Sumber Gambar: Facebook Elrah Exclusive Kluang Johor.HQ

Sebagai jenama fesyen yang menjunjung nilai warisan dan keaslian dalam reka bentuk, Elrah Exclusive sentiasa menghormati hak harta intelek dan warisan budaya.

Kami menolak sebarang dakwaan yang tidak berasas dan aka nmempertahankan hak kami dalam menggunakan elemen budaya yang telah lama menjadi sebahagian daripada seni dan identiti masyarakat Melayu.

El Azman sedia mengambil tindakan undang-undang

Dalam kenyataan rasmi itu juga, El Azman menegaskan bahawa Elrah Exclusive bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan yang tidak berasas tersebut menjejaskan reputasi dan kredibiliti Elrah Exclusive.

Sementara suami Tyra, Emran mengucapkan terima kasih kepada pihak Elrah Exclusive memberikan penjelasan atas isu berkenaan.

Dia juga sedia berbincang lebih lanjut secara profesional seperti mana diminta sejak awal Februari lalu.

Sumber