Bila lihat promo terbaru daripada EA Sports ini, pasti anda sudah tak sabar untuk upgrade daripada FIFA 2017 kepada FIFA 2018. Setiap tahun, permainan video ini akan menjadi fenomena.

Ronaldo turut membuat kemunculan khas kerana beliau adalah duta untuk FIFA 2018. Turut membuat kemunculan khas adalah pemain bola keranjang James Harden, Antoine Griezmann, Roberto Carlos dan ramai lagi. Hebat juga iklan FIFA 2018 ini. Setanding iklan yang dihasilkan jenama besar seperti Nike dan Adidas. Kudos EA Sports! Masanya sudah tiba untuk anda buat aksi El Tornado kepada rakan anda.