Mulai tahun depan, harga minyak RON95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu sehingga mencapai tahap yang stabil mengikut harga pasaran.
Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dimana kementerian bersetuju menaikkan bahan api tersebut sebanyak satu sen ketika sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut beliau, keputusan untuk mengapungkan harga minyak ini dibuat adalah untuk meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.
Tambahnya lagi, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan pada Januari depan dengan tujuan ianya tidak akan membebankan rakyat.
Namun begitu, program PSP ini tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan dan sebaliknya terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter berikutan memandangkan kenderaan di sana majoritinya menggunakan diesel dan petrol dalam kapasiti yang besar.
Menerusi perkongsian Harian Metro, berita yang baru diumumkan ini telah mendapat respon negatif daripada netizen.
Majoriti daripada netizen seakan tidak bersetuju dengan pengumuman tersebut. Ada sahaja komen seakan memerli dan berjenaka dengan situasi baru yang bakal dihadapi tahun hadapan.
Baru-baru ini, India mahu memboikot minyak sawit negara ini gara-gara tidak bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Mahathir. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
India Mahu Boikot Minyak Sawit Malaysia Selepas Tidak Setuju Dengan Pendirian Tun Mahathir
Tonton Penjelasan Penuh Lelaki Ini Mengenai Pemilihan RON Pada Minyak Petrol Kenderaan