Dalam usaha untuk membantu golongan miskin tegar yang tidak berkemampuan menyertai aktiviti menjana pendapatan atas faktor umur atau kesihatan, pihak kerajaan telah tampil dengan sebuah solusi dengan menawarkan bantuan tunai khas secara bulanan.

Perkara ini telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut beliau, pemberian bantuan itu demi melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan bagi golongan itu.

Beliau berkata, semua agensi dan kementerian diminta menyemak dan mengemas kini data untuk mengesahkan jumlah penerima isi rumah miskin tegar yang telah dibantu dan menjana pendapatan di bawah PGK makanan dalam tahun ini.

Anwar berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dan program-program dalam membasmi miskin tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman dan pemberian modal perniagaan.

Jelasnya, ini termasuk latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan dan usaha-usaha ini telah pun dilaksanakan pelbagai kementerian dan agensi dalam usaha menarik keluar rakyat kelompok miskin tegar.

Sumber