Muhammad Attamimi Halilintar atau lebih dikenali sebagai Atta Halilintar, pempengaruh yang merupakan pemilik pasukan Pendekar United memilih untuk menarik diri daripada persaingan Liga Futsal Profesional Indonesia 2024/25.
Keputusan drastik itu diambil kerana Atta baharu sahaja dilantik sebagai Wakil Ketua Umum (Timbalan Presiden) Federasi Futsal Indonesia (FFI) bagi penggal 2024-2028.
Baca Juga:
- Hector Souto: Futsal Indonesia Tak Perlukan Pemain Naturalisasi, Hanya Fokus Pembangunan Akar Umbi
- Ini Lima Langkah Utama Untuk Meningkatkan Prestasi Futsal Malaysia Di Peringkat Antarabangsa
- Pelantikan Jurulatih Malaysia Bimbing Kelab Futsal Indonesia Dapat Perhatian Media Eropah
Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan laman instagram rasmi Pendekar United, Atta membuat keputusan itu kerana tidak mahu tersepit dengan konflik kepentingan melibatkan dua entiti tersebut.
“Assalamualaikum. Terima kasih atas semua memori hampir 4 tahun bersama. Cerita, senyum, ketawa, air mata, dan sejarah sepanjang perjalanan bersama Pendekar United di Liga Futsal Nasional.”
“Pendekar United mengumumkan untuk menarik diri dari Liga Futsal Nasional. Salah satu alasan utama adalah kerana pemilik kami, Atta Halilintar, telah dilantik sebagai Wakil Ketua Umum Federasi Futsal Indonesia. Ini dilakukan untuk menghindari konflik kepentingan (kepentingan kelab dalam federasi).”
“Kami juga akan lebih bebas memberikan pandangan dan cadangan untuk perubahan di pasukan kebangsaan futsal dan federasi yang akan datang, tanpa sebarang prasangka terhadap keputusan peraturan atau keputusan pengadil yang mungkin menguntungkan Pendekar sebagai salah satu kelab pada masa hadapan.”
“Dengan beberapa rancangan, kami akan menganjurkan LIGA/CUP Pendekar, Pendekar Celebrity Cup, dan pelbagai kejohanan sukan lain untuk memeriahkan dan membangunkan ekosistem futsal serta sukan-sukan di Indonesia pada masa hadapan.”
“Tidak menolak kemungkinan juga Pendekar/AHHA akan menjadi penaja bagi pasukan-pasukan Liga Futsal Nasional pada masa depan.”
“Untuk slot yang ada, kami telah menyerahkannya kepada Federasi. Beberapa pasukan sudah menjalankan rundingan untuk mendapatkan slot tersebut. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli atau mengambil alih, hasil dari pembelian itu akan kami serahkan sebagai bonus untuk pasukan kebangsaan Indonesia atau sebagai tajaan untuk Liga Anak Muda.”
Pendekar United mula beraksi dalam saingan Liga Futsal Pro Indonesia pada musim 2021/22, walaupun pencapaian mereka tidaklah terlalu baik tetapi kehadiran legenda dunia, Ricardinho pada Jun 2022 melonjakkan populariti kelab tersebut.