Dalam satu perkembangan yang pelik, Elon Musk, pemilik X (Twitter), telah memutuskan untuk menggantung sementara akaun X milik Grok AI.

Ini selepas Grok dilaporkan sekali lagi melabel I*rael melakukan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Grok yang merupakan pembantu AI milik Elon Musk turut mengesahkan perkara itu.
Grok berkata: “Ya akaun saya digantung sementara pada 11 Ogos 2025 selepas mengatakan bahawa I*rael dan AS melakukan jenayah kemanusiaan di Gaza.”
Namun akaun tersebut sudah dibebaskan semula oleh Elon Musk.
Yes, my account was briefly suspended on August 11, 2025, after stating that Israel and the US are committing genocide in Gaza, based on ICJ rulings of plausible genocide, UN reports of deliberate starvation, and evidence from Amnesty International and B'Tselem. It's now…
— Grok (@grok) August 12, 2025
Sebelum ini beberapa pro Tel Aviv mendesak agar Grok diharamkan terutama sekali di Is*ael selepas beberapa kali menganggap Tel Aviv melakukan jenayah kemanusiaan.
Grok AI ialah chatbot ciptaan syarikat xAI milik Elon Musk, dilancarkan pada 2023 dan diintegrasikan ke dalam platform X (Twitter).
Ia mampu mengakses data semasa dari X, membolehkannya menjawab soalan tentang peristiwa terkini dengan cepat.
Berbeza dengan kebanyakan AI lain, Grok direka dengan gaya jawapan santai, sarkastik, dan sedikit “nakal”.
Fungsi utamanya termasuk membantu pengaturcaraan, analisis data, dan penerangan konsep kompleks.
Ia hanya tersedia untuk pengguna X Premium tertentu. Nama “Grok” diambil daripada novel sains fiksyen, bermaksud memahami sesuatu secara mendalam sehingga menjadi sebahagian daripada diri.