Jutawan yang juga pemilik Tesla dan laman media sosial X, Elon Musk dilaporkan mahu membeli salah satu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool.

Perkara ini disuarakan oleh ayah Elon iaitu Errol Musk dimana beliau menegaskan anaknya terlibat dalam pertelingkahan luar biasa dengan negara yang diterajui oleh Sir Keir Starmer, sekaligus membuatkan Elon tidak sabar untuk menambah kelab itu ke dalam empayar perniagaannya.

Baca Juga:

“Dia (Elon) mahukannya, jelas. Sesiapa sahaja mahu – begitu juga saya,” kata Errol.

Nenek kepada Elon dilahirkan dilahirkan di Liverpool sebelum meninggalkan UK untuk menetap di Afrika Selatan.

“Neneknya dilahirkan di Liverpool, dan kami mempunyai saudara mara di sana. Kami bernasib baik mengenali anggota The Beatles kerana mereka membesar dengan beberapa keluarga saya. Jadi, kami terikat dengan Liverpool,” tambahnya.

Ini bukan kali pertama Musk dipetik mengenai memiliki kelab bola sepak. Pada 2022, dia berkata cadangan bahawa dia mahu membeli Manchester United adalah “gurauan”.

Beberapa peminat telah menggesa usahawan teknologi jutawan itu untuk membeli United selepas dimalukan 4-0 di Brentford ketika dibawah kendalian Erik ten Hag.

Meskipun bergurau, Elon Musk menegaskan sekiranya sudah tiba waktu untuk beliau membeli kelab bola sepak, maka United akan menjadi salah satu dalam senarainya kerana meminati kelab itu sejak kecil.

Menerusi laman media sosial miliknya, Musk aktif mendedahkan skandal penderaan seks kanak-kanak di beberapa bahagian di England yang terjadi sejak puluhan tahun dan mengkritik kerajaan Britain yang dianggap lemah dalam menangani kes tersebut.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer kemudiannya mengkritik Elon dengan mengatakan jutawan itu hanya mahu mencari publisiti untuk dirinya dengan ‘menghentam’ kerajaan yang dipimpinnya.

“Mereka yang menyebarkan pembohongan dan maklumat salah, sejauh dan seluas mungkin – mereka tidak berminat dengan mangsa, mereka meminati diri mereka sendiri,” kata Starmer.