Pada ketika ini, segala keperluan asas seperti sambungan internet di Gaza sudah pun terhenti ekoran tekanan regim Zionis. Jadi, ramai yang mengharapkan Elon Musk untuk membuat sesuatu berkaitan internet satelit yang dimilikinya untuk kegunaan di Gaza.

Elon Musk pada Sabtu memaklumkan perkhidmatan satelit, Starlink miliknya akan menyokong akses internet untuk agensi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selepas di Genting Gaza lumpuh sepenuhnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Musk mengumumkan ‘bantuan’ tersebut sebagai respons kepada kenyataan ahli Kongres AS, Alexandria Ocasio-Cortez yang menyifatkan serangan ganas Israel yang menyebabkan seluruh komunikasi ‘blackout’ sebagai tindakan tidak boleh diterima.

“Starlink akan memberi sokongan kepada sambungan komunikasi kepada agensi bantuan di Gaza,” ujar Musk menerusi platform X miliknya.

Untuk makluman, Starlink merupakan rangkaian satelit yang ditempatkan di orbit rendah bumi dan berupaya menyediakan akses internet kepada lokasi terpencil atau kawasan yang mempunyai infrastruktur komunikasi normal, namun tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Bagimanapun, beliau baru sahaja mengesahkan bahawa perlu melakukan pemeriksaan keselamatan dengan kedua-dua kerajaan US dan Israel sebelum boleh menghidupkan walau satu terminal.

Setakat ini, tiada terminal Starlink yang cuba membuat sambungan daripada Gaza.

Jika ada pun, Starlink bakal mengambil langkah luar biasa untuk mengesahkan bahawa ia digunakan ‘hanya’ atas sebab kemanusiaan semata-mata.

Malah, beliau memberi respons ini selepas dikecam oleh Kementerian Komunikasi Israel kerana membenarkan sambungan internet digunakan untuk tujuan keganasan. Sehubungan itu, mereka mahu menentang sehabis mungkin terhadap tindakan Starlink itu.

Pada ketika ini, rangkaian komunikasi dan internet di Gaza terputus sepenuhnya ketika Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memperhebatkan pengebomannya ke atas Gaza pada Jumaat. Keadaan itu menyebabkan 2.2 juta penduduk Gaza terputus hubungan dengan dunia luar.

Wartawan AFP di Gaza mengesahkan bahawa mereka hanya boleh berkomunikasi di kawasan terhad, yang mana mereka hanya boleh berhubung dengan rangkaian Israel merentasi sempadan.

Malah, sejumlah agensi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terputus hubungan dengan kakitangan mereka di Gaza termasuk Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).