Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengucapkan tahniah kepada Tesla Malaysia menerusi satu hantaran di platform X.com baru-baru ini.
Pujian itu diberikan oleh manusia terkaya dunia itu kerana Tesla Malaysia berjaya menjadikan model kereta Model Y sebagai kereta elektrik nombor satu di Malaysia untuk November 2025.
Baca Juga:
- Pemegang Saham Tesla Beri ‘Green Light’ Pakej Gaji Cecah $1 Trilion Kepada Elon Musk

- Elon Musk Ajak Pengikut ‘Cancel’ Netflix, Selamatkan Minda Anak Daripada Sakit Kerana Agenda Woke & Pelangi

- Berjaya Tewaskan Elon Musk, Lelaki Ini Muncul Sebagai Manusia Paling Kaya Di Dunia

Congratulations https://t.co/cqMxnOQwE1
— Elon Musk (@elonmusk) December 11, 2025
Menerusi perkongsian portal Soyacincau.com, sebanyak 810 unit Tesla Model Y didaftarkan pada November 2025.
Angka tersebut diambil daripada data pendaftaran terkini daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengguna X.com dari luar negara juga tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana menjadi salah satu negara Asia yang berkembang dalam penggunaan Tesla.