Dunia permotoran Formula 1 sentiasa membawa pelbagai gelagat menarik di luar litar.
Baru-baru ini, akaun rasmi TikTok Mercedes-AMG F1 memuat naik satu video pendek yang memaparkan pelumba muda mereka, Andrea Kimi Antonelli, sedang berada di sebuah stesen minyak Petronas.
Dalam video berkenaan, Kimi kelihatan santai memerplihatkan George Russel melakukan aktiviti pengisian minyak di pam Petronas. Video tersebut dengan pantas meraih perhatian dan tontonan tinggi daripada peminat F1.
@mercedesamgf1 When you pull up to the petrol station and this guy’s at the pump 😅 #f1 #georgerussell #kimiantonelli #formula1
Komen Netizen Indonesia Curi Tumpuan
Namun begitu, di sebalik keterujaan peminat melihat gelagat pelumba F1 tersebut, bahagian ruangan komen pula menjadi perhatian utama.
Satu komen daripada seorang netizen dari Indonesia telah mencuri tumpuan ramai apabila dia secara polos bertanyakan soalan yang agak mencuit hati.
“Emang ada Petronas di Malaysia?” soal pengguna akaun berkenaan di ruangan komen.

Ditegur Rakan Senegara Sebelum Tersedar
Soalan berkenaan tidak dibiarkan begitu sahaja apabila seorang lagi netizen dari negara yang sama tampil memperbetulkan tanggapan itu dengan nada mesra.
“Lah petronas emang produk asli malaysia kak. Lupa kah ada menara petronas di Malaysia?” respon pengguna TikTok berkenaan bagi mengingatkan kewujudan Menara Berkembar Petronas yang begitu ikonik di Malaysia.
Sedar akan kesilapan remeh tersebut, pemilik komen asal tidak berlengah untuk mengakui kekhilafannya.
“Eh sorry lupa. Baru perasan lepas ko komen,” jawabnya secara bersahaja selepas menyedari hakikat bahawa Petronas sememangnya jenama gergasi dari Malaysia.
Kebanggaan Jenama Tempatan Di Persada Dunia
Interaksi santai ini bukan sahaja mencuit hati para pengikut media sosial, malah membuktikan betapa jenama kebangsaan seperti Petronas kini dikenali secara meluas di pentas antarabangsa menerusi penglibatan dalam sukan permotoran berprestij.
Kadangkala, momen spontan di ruangan komen sebegini menjadi hiburan sampingan yang menceriakan suasana di media sosial.