Pemain tengah Fulham, Emile Smith Rowe tanpa berselindung mengakui meninggalkan Arsenal adalah perkara terbaik pernah dibuat olehnya.
Bersama Arsenal sejak berusia 10 tahun, Smith Rowe terpaksa meninggalkan The Gunners pada jendela perpindahan musim panas lalu kerana beliau memerlukan minit permainan.
Baca Juga:
- Ledak 4 Gol Pada Babak Pertama, Cole Palmer Cipta Sejarah EPL
- Cadangan Revolusi EPL Disuarakan Gary Neville Ini Pernah Dipraktikkan Dalam Liga Malaysia 1999
- ‘Kami Belum Bersedia Nak Menang EPL Musim Ini’ – Bruno Fernandes
Keadaan yang memaksanya untuk melangkah pergi meninggalkan Emirates Stadium walaupun sebelum itu Mikel Arteta menjelaskan bahawa Smith Rowe bukanlah untuk dijual.
Beliau menyertai Fulham dengan yuran perpindahan bernilai £34 juta dan memeterai kontrak selama lima tahun.
“Untuk dua musim lalu, saya tidak bermain (minit permainan) seperti yang saya mahukan dan sentiasa berada dalam fikiran saya bahawa saya mahu kembali gembira.”
“Saya mahu bermain. Kadang-kadang anda perlu memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Saya sentiasa mahu mendahulukan kelab saya tetapi pada masa yang sama, saya perlu membuat diri sendiri gembira.”
“Ia mungkin keputusan paling sukar yang saya perlu buat (untuk meninggalkan Arsenal). Tetapi saya bercakap dengan keluarga saya dan memutuskan ia adalah perkara terbaik untuk saya,” ujar Smith Rowe menurut sumber laporan Goal.
Penghijrahannya ke Fulham pada ketika ini boleh dikatakan berada di landasan terbaik buatnya apabila Emile Smith Rowe diturunkan selaku pemain di kesebelasan utama pada enam perlawanan terawal.
Hanya aksi bertemu Manchester City tempoh hari beliau dimasukkan pada minit ke-65. Selepas tujuh perlawanan liga, Smith Rowe berjaya menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan.