Walaupun kita sudah menjejak zaman modenisasi, ilmu sihir masih diamalkan oleh segelintir individu untuk menjatuhkan seseorang secara ‘halus’.
Baru-baru ini, seorang pelakon jelita tempatan iaitu Emma Maembong mendakwa pernah disantau oleh seorang ahli kelab peminatnya menerusi gambar dimuat naik di media sosial.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 berkongsi ketika kejadian berlaku dia bersama beberapa rakan artis sedang berseronok di sebuah pusat karaoke.
Namun, dalam sedang bergembira secara tiba-tiba keadaan berubah menjadi seram apabila Emma dikatakan menjerit dan meracau dek kerana terbaca kapsyen panjang lebar yang didakwa merupakan mantera dari seorang peminat.
“Ada satu hari saya pergi karaoke dengan beberapa kawan artis termasuk pembantu peribadi. Masa kawan lain sedang menyanyi, saya duduk main telefon, tiba-tiba ada seorang lelaki ‘tag’ gambar saya di sosial media, Instagram.
“Apa yang peliknya, kapsyen pada gambar tersebut sangat panjang. Saya sudah mula rasa pelik dan mahu baca apa kapsyen yang ditulis panjang sangat tentang saya.
“Apabila sampai ayat ‘dengan nama Nabi Muhammad aku terbalikkan dan di atas nama Allah aku seru…’, tiba-tiba saya termenung macam sudah terkena mantera (pukau).
“Saya terus meracau, mengilai, muka saya basah, saya menjerit. Yang saya ingat ada dua kawan saya pegang tangan. Pembantu saya dah mula menangis. Mereka semua jerit ‘Emma sedar… sedar….’.,”kongsinya kepada pengacara.
Tidak terhenti di situ, Emma mendakwa pelaku turut mengganggunya di majlis perkahwinan kakaknya.
“
Pelaku itu lelaki dan dia merupakan salah seorang ahli kelab peminat saya. Dia juga pernah datang ke majlis perkahwinan kakak saya. Saya nampak dia lalu di hadapan saya di majlis tersebut.
“Saya jadi cemas dan terus panggil kawan-kawan lain, mereka kepung saya. Salah seorang ahli kelab peminat saya berjumpa dengan dia dan tanya siapa jemput datang majlis perkahwinan.
“Tiada pilihan, telefon polis dan halang dia dari masuk kawasan majlis. Tahu tak dia buat apa? Dia ‘selfie’ gambar, kemudian ‘upload’ dan ‘tag’ saya. Dia kata, ‘hari ini, hari kau, satu hari nanti kau datang melutut dekat aku’, kongsinya dengan panjang lebar.
@sembangseram Ada eh orang yg sanggup buat macamni😭😭😭 #Sembangseram #Emmamaembong #SembangSeramEmmaMaeombong #KisahSeram #CeritaHantu #Seram #Hantu
Difahamkan sejak diganggu oleh lelaki itu, dia telah berdepan dengan banyak peristiwa gangguan misteri yang lebih teruk.
Perkongsian Emma sememangnya menjadi perhatian ramai dan netizen mengambil pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati apabila mahu membaca sesuatu yang dikongsikan seseorang yang tidak dikenali.