Seramai empat anggota tentera pengaman Malaysia Batalion (MALBATT 850-12) dilaporkan cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan menurut laporan Bernama.

Baca Juga:

“Serangan letupan di Lubnan: Pasukan MALBATT 850-12 yang baru tiba bagi menyambung misi pengaman terkena serpihan letupan, beberapa anggota dikhuatiri cedera,” kata kenyataan itu.

Difahamkan IDF mengebom kenderaan di situ menyebabkan bas yang membawa kontinjen MALBATT 850-12 turut terkena tempias. 3 rakyat Lubnan turut maut dalam kejadian ini.

Tentera Lubnan turut mengesahkan 3 anggota tenteranya cedera bersama 4 anggota MALBATT.

“Kenderaan UNIFIL yang dinaik MALBATT sedang melalui kawasan sekatan jalan itu,” katanya.

Serangan itu turut disahkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dalam satu hantaran di X.

“Lima anggota pasukan pengaman cedera ringan dan dirawat oleh pasukan perubatan Lubnan di lokasi kejadian.

“Anggota terlibat akan meneruskan tugas seperti biasa. Turut cedera dalam kejadian tiga anggota tentera Lubnan di pos pemeriksaan berhampiran,” kata kenyataan UNIFIL.

Seramai 220 Kontinjen Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 merupakan kumpulan pertama berlepas ke Lubnan sejak semalam bagi menjalankan misi pengaman di sana.

Pergerakan penerbangan menggunakan pesawat Batik Air melibatkan penghantaran Kontinjen MALBATT 850-12 dan membawa pulang Kontinjen MALBATT 850-11 yang telah berkhidmat selama 12 bulan.