Jenama tempatan popular bakal ke peringkat global apabila Endeavor Global pilih pengasas Tealive & Loob Holding, Bryan Loo menerima status Usahawan Endeavor yang diidamkan pada Panel Pemilihan Antarabangsa (ISP) ke-96 yang diadakan dari 17 hingga 19 Julai 2023 di Bali.

ISP menandakan puncak proses pemilihan yang ketat untuk mengenal pasti usahawan berimpak tinggi di peringkat global. Melalui ISP, Endeavor mencari pengasas yang mempunyai kapasiti untuk menggunakan sumber daya dan bimbingan luas Endeavor bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang besar di samping memberi peluang pekerjaan, serta usahawan yang komited untuk melabur semula masa dan sumber mereka ke dalam ekosistem tempatan, mendorong perkembangan generasi usahawan masa depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Endeavor Global pilih Tealive & Loob Holding

“Meraikan detik penting dalam keusahawanan global, kami terpesona dengan visi dan kepakaran Bryan Loo semasa ISP. Adalah jelas bahawa Endeavor dan ekosistem keusahawanan Malaysia memerlukan Bryan Loo sebanyak mana beliau memerlukan kami”, kata Raoul Oberman (Pengarah Urusan Sasya Terra Pte Ltd), salah seorang ahli panel ISP.

“Dengan kami sepakat menggabungkannya ke dalam komuniti Endeavor, penambahan beliau berjanji untuk mendorong kami ke arah pertumbuhan global yang baru. Dengan penuh harapan dan semangat, kami dengan penuh dedikasi menantikan peluang-peluang hebat yang menanti apabila Bryan Loo memulakan perjalanan transformasinya bersama Endeavor,”, tambahnya lagi.

Diasaskan pada tahun 2010 di Malaysia, Loob Holding adalah syarikat F&B terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dari segi bilangan cawangan, menguruskan pelbagai portfolio jenama makanan dan minuman di Malaysia dan antarabangsa. Ia merupakan pemilik rangkaian kedai bubble tea terbesar di Asia Tenggara (Tealive) yang mempunyai lebih daripada 900 cawangan di 10 negara dan menghidangkan kira-kira 50 juta cawan setiap tahun.

Portfolio syarikat ini juga merangkumi Bask Bear Coffee, jenama kopi yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan 100 cawangan; Wonderbrew, jenama kombocha terkemuka di Malaysia; dan Sodaexpress, peruncit mesin air berkarbonat terkemuka di Malaysia. Loob disokong oleh Creador, firma ekuiti swasta yang memberi tumpuan kepada perniagaan berorientasikan pertumbuhan di Asia Tenggara dan India.

Mengumumkan kegembiraan menandakan ekosistem keusahawanan Malaysia di peta global, Bryan Loo berkata, “Saya merasa sangat terharu dan sangat rendah hati dipilih sebagai Usahawan Endeavor pada Panel Pemilihan Antarabangsa ke-96, dengan bangga mewakili Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan ikhlas kepada Endeavor Malaysia atas panduan berharga mereka dan sokongan yang teguh sepanjang proses persediaan. ISP adalah pengalaman yang benar-benar menginspirasi, di mana saya berpeluang untuk berhubung dengan beberapa usahawan terbaik dunia.

“Dengan sokongan yang kukuh dari Endeavor, visi saya untuk menyasarkan untuk membesarkan Tealive dan Loob Holding di pentas global; menjadikannya lebih teguh dari sebelum ini,” katanya.

Bryan akan menerima bimbingan dan sokongan daripada Endeavor untuk beliau menggapai impian tersebut. Dengan sokongan lebih 70 mentor, Endeavor Malaysia kini menyokong lebih 23 syarikat tempatan yang telah berjaya melepasi proses pemilihan ISP.