Real Madrid benar benar dalam malapetaka ketika menentang Celta Vigo pada aksi La Liga. Selain daripada kekalahan 0-2 di laman sendiri, 3 pemainnya dilayangkan kad merah.
Tiga pemain tersebut ialah Fran Garcia, Alvaro Carreras dan Endrick.
Dan lebih memburukkan lagi keadaan, Eder Militao cedera dan terpaksa berehat lagi.
Satu lagi nama yang menarik perhatian ialah Endrick. Bukan sebab dia beraksi cemerlang, namun sebab dia disahkan sebagai individu yang menerima kad merah di luar padang.
Endrick masih gagal untuk mendapatkan aksi permulaan dalam La Liga musim ini, namun sudah mengutip 1 kad merah.
Menurut laporan, kad merah itu diterima selepas Endrick mengkritik keputusan pengadil di tepi padang selepas Fran Garcia dibuang padang.
Di mana Endrick meluru ke arah pegawai perlawanan keempat dengan menyatakan bahawa pengadil benar benar teruk. Endrick dalam keadaan sangat marah terpaksa ditenangkan dan ditahan oleh staf kejurulatihan Real Madrid.
Endrick collect Red card for bench ðŸ˜
— Jo El (@Daht_benin_boy) December 7, 2025
Endrick terus bergelut untuk mendapatkan tempat dan kepercayaan daripada Xabi Alonso musim ini. Dia hanya terlibat dalam 11 minit aksi sahaja setakat ini.
🚨🚨| Endrick for Real Madrid in LaLiga this season:
→ 0 starts
→ 1 red card pic.twitter.com/mz0MA4KjOb— CentreGoals. (@centregoals) December 7, 2025
Beberapa minggu lalu Real Madrid sudah memberikan kebenaran kepada pemain itu mencari kelab untuk pinjaman pada Januari akan datang.
Namun beberapa syarat ketat dikenakan Real Madrid, di mana kelab itu harus menjanjikan minit permainan secukupnya untuk Endrick.
Seterusnya. kelab tersebut harus dari kalangan kelab bermain di 5 liga utama Eropah atau Portugal yang bersaing untuk kejuaraan domestik dan bermain di mana mana pertandiangan Eropah.