Nama TikToker @Koocester bukanlah asing di kalangan pengguna TikTok. Beliau sering menanyakan tips kejayaan daripada pemilik-pemilik kereta mewah yang beliau temui di Singapura dan Malaysia.

Cuma kini, beliau lebih fokus dalam penghasilkan konten hartanah-hartanah mewah yang ada di kedua-dua negara berjiran ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini @Koocester berkongsi pengalaman pertamanya melawat rumah mewah di Malaysia, yang dimiliki anak Datuk Khalid, Asyraf Khalid.

@koocester

The long awaited and the FIRST house tour I did for Malaysia! Had breakfast here with @qiwiie here and we learnt quite a lot and as you can see I am impressed by the watches 🤩

♬ original sound – Koocester – Koocester

Koocester disambut oleh Asyraf dengan penuh mesra di hadapan pintu masuk rumahnya — pada masa sama TikToker Singapura itu tertarik melihat dua buah kereta yang ada di situ, sebuah Audi R8 dan Tesla Model Y.

Selepas menerangkan sedikit sebanyak mengenai kerjayanya, beliau mengajak Koocester house tour mengelilingi beberapa bahagian rumahnya.

Koocester turut ditemani seorang lagi TikToker iaitu @Msqiwiie, guru sekolah tadika terkenal di Singapura.

Pertama sekali Asyraf menunjukkan ruang bilik pawagamnya. Kemudian, beliau menunjukkan bilik tetamu, ruang tamu, ruang makan, kawasan laman dan tapak bola keranjang.

Anak lelaki Asyraf turut diminta menunjukkan bakat bermain piano di hadapan kedua-dua tetamu tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @koocester

Menurutnya, kos untuk penyelenggaran rumah menelan belanja RM20,000 sebulan dari segi kos pengawal keselamatan dan pembantu rumah.

Selepas selesai melawat bahagian bawah, Asyraf membawa kedua-dua TikToker itu naik ke bahagian atas yang menempatkan bilik kedua-dua anaknya, bilik pakaian, bilik tidur utama dan balkoni.

Koocester turut berasa kagum dengan barisan jam-jam mewah yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan rapi di dalam almari kaca.

Bagaimanapun, sepanjang house tour berlangsung Asyraf lebih selesa mendiamkan diri dan enggan mendedahkan harga-harga barangan yang ada di dalam rumahnya.

Sikap merendah diri yang ditunjukkan Asyraf itu telah mendapat pujian netizen yang menonton video tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @koocester

Semasa melakukan house tour tersebut, Koocester ada menanyakan kepada Asyraf mengenai lif di dalam rumah. Asyraf membawa TikToker itu menaiki lif yang berhubung terus ke bahagian pejabat di mana beliau dan isterinya, Tya Ariffin melakukan kerja-kerja perniagaan produk kecantikan mereka.

Selain house tour, Asyraf juga tidak lokek berkongsi beberapa soalan yang diajukan mengenai bisnes.

“Dapatkan ilmu pengetahuan daripada orang yang lebih berpengalaman dari kita. Dengan itu kita boleh maju ke hadapan lebih pantas berbanding orang lain.

“Luangkan masa untuk mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang benar-benar berjaya dalam bidang mereka. Saya berpeluang untuk belajar daripada Datuk Kamarudin Meranum, Datuk Tony Fernandes, Vincent Tan, Datuk Idrus dan Dr.Azizan Osman,” kata beliau.

Sebelum mengakhiri sesi house tour tersebut, Asyraf meluahkan hasratnya untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan dengan apa yang beliau ada.

Beliau juga berharap sekiranya satu hari nanti bergelar bilionair, beliau mahu menjadi seorang filantropi yang dapat memberikan impak positif kepada seramai orang yang mungkin.