Seorang wanita sanggup menjual kereta Perodua Myvi milik teman lelakinya demi membeli beg mewah jenama Chanel.
Menurut perkongsian Weird Kaya, seorang lelaki memuat naik status yang mana pasangannya menjual kereta yang menjadi turun-temurun dalam keluarganya hanya untuk membeli beg.
Baca Juga:
- ‘Mental Koyak’ – Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar Kerja Dengan Orang Singapura

- Influencer Wanita Ini Dikecam Adakan Perlawanan Asap Tebal Disaksikan Lautan Penunggang RXZ

- Wanita Dari China Duduk Lebih 28 Tahun Tanpa Izin Di Singapura Hanya Dipenjara 6 Bulan

Apabila dia bertanya tentang kereta itu, pasangannya dengan santai memberitahunya, “Oh, saya menjualnya. Aawak masih mempunyai Saga kan? Myvi lama hanya duduk di sana.”

Yang lebih mengejutkan, pasangan lelaki itu menjual Myvi terbabit dengan menggunakan cara ‘sambung bayar’, bukan menjual ke kedai kereta terpakai atau individu.
Teman Wanita Enggan Kalah Dengan Circle
Lelaki tersebut memberitahu Teman wanitanya baru-baru ini menyertai circle baharu di mana semua orang memiliki beg mewah seperti Chanel, LV dan Dior.
Malah yang paling murah di antara mereka mempunyai beg jenama Miu Miu.

Teman wanitanya memberitahu dia berasa malu menggunakan beg tidak berjenama dan berkata, “Jika saya tidak mempunyai beg seperti itu, saya kelihatan seperti gadis kampung setiap kali kita pergi ke kafe.”
Lebih memburukkan keadaan, wang hasil jualan kereta itu tidak mencukupi untuk menampung harga penuh beg Chanel yang mahu dibeli.
Lelaki itu tertanya-tanya sama ada hubungan itu benar-benar atas dasar cinta atau jika dia perlahan-lahan menghabiskan semua yang dia ada.