Gara gara enggan panggil pelajar dengan gelaran selain he/she, seorang guru di Ireland diminta memulangkan semula gajinya kepada kerajaan beserta denda.

Guru bernama Enoch Burke didakwa kerana enggan panggil pelajar pelajar trans di kelasnya dengan panggilan they/them. Gelaran itu biasanya untuk mereka yang mengganggap diri mereka non binary atau tiada jantina.

Burke dihukum

Burke sudah meringkuk 500 hari di penjara dan kini dia tidak berhak untuk menuntut gajinya sebagai hukuman tambahan kepada guru tersebut oleh kerajaan Ireland.

Dia dipenjara pada 2020 dan dibebaskan pada Jun 2024 lalu. Namun dia tidak pernah serik untuk menyatakan dia mahu terus mengajar.

enoch
Enoch Burke – FOTO: MSN

Enoch Burke enggan panggil pelajar trans dengan gelaran dimahukan mereka

Enoch Burke, seorang guru beragama Kristian hanya mengiktiraf dua gender di kelasnya. Dia cuma panggil pelajar di sekolahnya, sama ada dengan he atau she sahaja.

Malangnya tindakannya itu mendapat reaksi marah daripada pelajar tersebut yang membuat aduan kepada pihak sekolah. Dan sekolah tersebut menyokong pelajarnya.

Menurut mereka tindakan Enoch Burke adalah tidak bole diterima dan satu penindasan kepada golongan tersebut.

Sekolah mahu Enoch Burke meraikan kepelbagaian gender terutama sekali dia sebagai guru. Dia akan dilucutkan hak menerima gaji sebagai guru  berkuat kuasa serta merta.

Atas alasan, gaji yang dia terima adalah daripada cukai rakyat Ireland. Peguam Burke mengesahkan perkara tersebut.

Netizen beri pendapat

Di ruangan komen netizen berkata: “Ireland kini dah jadi macam negara komunis, sesiapa sahaja rakyat yang tidak dapat menerima agenda woke akan disiasat dengan tegas, dihukum malah ada yang dipenjara sekalipun.”

Yang lain menulis: “Guru engggan panggil pelajar ikut kehendak golongan woke kini menjadi musuh kerajaan. Rosak!”

Ada juga yang mempertahankan tindakan kerajaan Ireland dengan berkata: “Jelaskan macamana kamu cakap ini sangat teruk? Jika kerajaan gaji kamu, kamu harus ikut arahan mereka, bukannya buat benda lain bertentangan atau cuba mengubah negara kamu.

“Jika negara ini memikirkan bahawa kamu harus menghormati kepelbagaian gender, kamu wajib menghormatinya atau kamu tukar sahaja pekerjaan kamu. Senang nak faham bukan?” tulis Ruben Cases.

Namun pandangannya dibidas oleh yang lain yang berkata: “Jadi di sini kerajaan boleh melangkaui hak kebebasan bersuara la kan? Tidak ubah macam negara komunis Rusia  atau China. Dah tiba masanya rakyat Ireland tukar sahaja kerajaan ini.”

Enoch Burke menerima gaji €48,000 setahun daripada Kementerian Pendidikan Ireland. Dia telah melawan kes tersebut setelah dibuang daripada jawatannya di Sekolah Westmeath.

Guru enggan panggil pelajar they them

Burke dilarang mengajar sejak 2022, kerana perlu menjalani prosedur mahkamah yang sangat panjang. Kesnya sangat ringkas. Seorang murid meminta dia memanggilnya sebagai ‘they’. Dan dia menolaknya.

Enoch Burke menegaskan dia tidak boleh melakukannya kerana itu bertentangan dengan ajaran agamanya. Dan dia berkata: “Saya ada hak yang dilindungi perlembagaan untuk mengamalkan cara hidup saya berdasarkan kepercayaan agama saya.”

Enoch

Pihak pendakwaan kini mengancam untuk mengggandakan lagi pampasan daripada €700 sehari kepada €1,400 sehari untuk dibayar oleh Burke kepada kerajaan. Dalam erti kata lain dia harus memulangkan gajinya dan jugga membayar denda.

Dan ketika ini Enoch Burke dilaporkan masih gagal membayar tunggakan €79,000 denda atau sekitar RM378 ribu yang dia sepatutnya bayar daripada pemotongan gajinya kerana enggan panggil pelajar tersebut dengan gelaran dimahukan mereka.

Pihak sekolah mendakwa Enoch Burke masih datang ke sekolah seperti biasa walaupun dia sudah digantung daripada tugasannya dan masih belum melangsaikan dendanya.