Darwin Nunez masuk daripada bangku simpanan dan menjadi wiran kemenangan Liverpool.
Pemain antarabangsa Uruguay itu mencetak, bukan 1 gol tetapi 2 gol pada masa kecederaan ketika pasukannya bergelut untuk kembali ke landasan kemenangan.
Liverpool bertandang ke Brentford. Dan pasukan bimbingan Thomas Frank memberikan saingan yang sengit kepada Liverpool.
Brentford bertahan dengan sangat baik dan mencipta beberapa siri peluang bahaya. Mujur Alisson tampil cemerlang dan menafikan beberapa percubaan yang sangat bahaya.
Liverpool berkeringat sepanjang malam mencari gol. Di mana mereka mati kutu untuk berdepan dengan permainan berdisiplin Brentford.
Slot kemudian memasukkan Darwin Nunez pada minit ke-65.
Dan ketika Liverpool semakin hampa dengan kekentalan Brentford, Nunez membuka tirai jaringan pada masa kecederaan 90+1.
Ianya selepas Trent Alexander Arnold meleretkan bola ke depan gol dan disambar Nunez. Ini adalah hanya gol ketiga dia musim ini di EPL. Yang boleh menjadi gol terpenting dalam kariernya bersama Liverpool musim ini.
2 minit kemudian Nunez kembali menggegar jaring dengan gol kedua. Dia mengawal kemas bola di dalam kotak penalti dan merembat deras menewaskan Flekken.
Tamat perlawanan Brentford 0 Liverpool 2.
Kemenangan ini kembali meletakkan Liverpool 7 mata di atas Arsenal – ketika artikel ini ditulis.
WHAT. IT. MEANS ❤️ pic.twitter.com/VDGrXLgAwS
— Liverpool FC (@LFC) January 18, 2025