Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir tidak menolak kemungkinan untuk menjemput Malaysia bagi beraksi dalam perlawanan persahabatan pada September nanti.
Skuad kebangsaan Indonesia pada ketika ini masih lagi bersaing dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan kempen masih berbaki dua perlawanan iaitu menerima kunjungan China dan aksi terakhir bertemu Jepun di Osaka.
Baca Juga:
- Media Indonesia Anggap Calon Pemain Warisan Malaysia Tidak Setaraf Pemain Mereka
- ‘Indonesia Hanya Menang Pada Jersi, Malaysia Jauh Lebih Baik’
- Rafhely FC Kendalian Jurulatih Dari Malaysia Cipta Sejarah Raih Kemenangan Sulung Liga Futsal Pro Indonesia
Selain daripada dua pasukan Timur Tengah, Lebanon dan Kuwait yang sudah memberikan respon terhadap jemputan diberikan, Erick turut melihat ada peluang untuk menghadapi Malaysia.
Perseteruan Indonesia-Malaysia seperti diketahui cukup panas dan menarik untuk disaksikan walaupun ia hanyalah sekadar satu perlawanan persahabatan.

Bagi Erick, beliau melihat pihaknya Malaysia sebagai lawan yang sesuai memandangkan skuad Harimau Malaya pada ketika ini sedang melalui fasa peralihan dengan pertukaran ketua jurulatih serta kemasukan beberapa muka baharu dalam pasukan.
Aksi Indonesia vs Malaysia Antara Pilihan PSSI
“Jadi kita perlu adakan perlawanan ujian atau perlawanan persahabatan dengan mereka (merujuk pasukan dari Timur Tengah),” ujar Erick Thohir menurut sumber laporan CNN Indonesia.
“Kemudian ada satu slot lagi atau mungkin kedua-duanya dari Timur Tengah, saya tak pasti lagi. Satu slot tu kita akan cuba tengok juga pasukan dari Malaysia yang sedang memperbaiki diri.”
“Kita juga lihat Malaysia sedang tukar jurulatih dan ada ramai pemain baru, jadi kita pun nak cuba juga [berhadapan dengan Malaysia].”
“Rasanya kita pun dah rindu nak lawan Malaysia, dah agak lama juga. Kira macam nak uji keberanianlah sama-sama, kalau Malaysia bersetuju.”
“Tapi kalau Malaysia tak nak, tak apa, mungkin lain kali,” tambah Erick lagi.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di peringkat senior adalah pada aksi Piala AFF 2021 dimana Indonesia meraih kemenangan 4-1.
Pada ketika itu Indonesua yang dibimbing Shin Tae-yong menyandarkan harapan kepada majoriti pemain muda, tetapi kini seperti diketahui skuad sang Garuda memiliki ramai pemain kacukan berkualiti tinggi.
Menarik untuk disaksikan sekiranya Malaysia dan Indonesia dapat beraksi nanti!