Kekalahan 1-2 kepada China pada aksi keempat pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menjadi antara punca kepada pemecatan Shin Tae-yong selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.

Seperti dilaporkan petang semalam, jodoh pengendali dari Korea Selatan itu bersama skuad kebangsaan Indonesia yang bermula sejak 28 Disember 2019 sudah menemui penghujungnya.

Baca Juga:

Malah tidak perlu menunggu dengan terlalu lama, Fabrizio Romano pula mengumumkan penyerang legenda Belanda, Patrick Kluivert akan mengisi kekosongan tersebut pada 12 Januari nanti.

Sudah pasti para peminat bola sepak Indonesia tertanya-tanya mengapa Shin Tae-yong mendapat nasib sedemikian sedangkan skuad Garuda dilihat cukup baik sepanjang enam aksi yang sudah dilalui.

“Saya rasa perkara ini biasa, memang untuk kedudukan kelayakan Piala Dunia ini juga banyak negara-negara yang menukar jurulatih mereka, tinggal kira risikonya,” ujar Erick menurut sumber laporan Goal Indonesia.

“Seperti yang saya ceritakan tadi, kejadian di China itu sebelum perlawanan pun sudah berlaku dinamika yang cukup tinggi. Tetapi, kita harus berkira-kira jika itu dilakukan (memecat Shin Tae-yong) pada waktu itu, sudah tentu jarak ke perlawanan seterusnya terlalu singkat.”

“Dan hari ini yang terbaik kerana kita masih mempunyai masa dua setengah bulan, dan tentu risiko-risiko tetap ada, tetapi lebih baik kita mengambil risiko daripada kita menyesal di kemudian hari.”

“Dan kita juga mencari tentu calon-calon yang tadi kita yakini dapat memberikan lebih usaha dariĀ  segi dinamika komunikasi, kepimpinan atau taktikal bermain yang kita harapkan.”

“Semua perlawanan yang kita sertai semuanya ada penilaiannya. Tadi saya katakan kita melihat daripada perlawanan Indonesia lawan China.”

“Memang difikirkan kita terlalu bercita-cita tinggi (meletakkan sasaran kemenangan), tetapi tidak kerana kita mengira strategi-strategi atau sasaran-sasaran angka kemenangan itu kita sudah kira waktu itu,” tambahnya.

“Bagaimana jika kita waktu itu kalah dengan Arab Saudi, ada sidang akhbar hari ini atau tidak? Ya tidak perlu dibincangkan, sudah pasti gagal Piala Dunia-nya kerana mata sudah tidak ada.”

“Justeru di empat perlawanan berikutnya ini kita berharap kita mendapatkan mata. Jadi sekecil apa pun yang menjadi. Tentu hari ini kita perbaiki, itu yang kita harapkan,” tambah Erick Thohir lagi.