Seorang wanita expat berkongsi pengalamannya rasa selamat apabila menaiki pengangkutan awam di Malaysia kerana menyediakan gerabak khas untuk wanita sahaja.

Menerusi hantaran TikTok @owenclairee, dengan adanya ‘gerabak berwarna merah jambu’ itu, ia merupakan perkara paling bermakna bagi setiap wanita yang ada di Malaysia.

Baca Juga:

Menurutnya gerabak itu menjadi ‘benteng’ buat wanita daripada lelaki warga asing.

@owenclairee

This post isn’t meant to attack all men from these nationalities, but I’ve noticed that these behaviors are more common among them. Some even follow you around while maintaining eye contact. I’m not someone who is easily intimidated by men, but this behavior aggravates me so much that I end up asking them why they’re staring at me or following me around. I’m just grateful that the country is making an effort to protect women. #fyp

♬ Bored – ∞

Bangga Malaysia ada inisiatif lindungi wanita

“Hantaran ini bukan bertujuan untuk menyerang semua lelaki daripada kewarganegaraan tersebut, tetapi saya perhatikan bahawa tingkah laku sebegini lebih kerap berlaku dalam kalangan mereka.

“Ada yang sampai sanggup mengekori sambil mengekalkan renungan mata. Saya bukanlah seseorang yang mudah gentar dengan lelaki, tetapi tingkah laku seperti ini sangat menjengkelkan sehingga saya terpaksa bertanya terus terang kepada mereka kenapa mereka merenung atau mengekori saya.

“Saya bersyukur kerana negara ini sedang berusaha untuk melindungi golongan wanita,” kata TikTok @owenclairee.

Netizen mengakui apa yang dikatakan wanita tersebut. Sebahagian mereka turut pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan apabila direnung oleh lelaki warga asing.

Pada masa sama pengguna pengangkutan awam turut berharap agar pihak berwajib dapat meluaskan penggunaan ‘gerabak pink’ itu pada bas awam juga.