Penerbit kandungan digital terkemuka Malaysia, Kumpulan Media REV (REV), mengumumkan acara tahunan, Exploding Content kembali lagi bagi tahun 2023.
Memfokuskan pada tema ‘The People-First Equation: Kesan Gelombang daripada Berfikir Seperti Pengguna’ dijangka menjadi game-changer buat syarikat atau jenama yang menghadirinya.
Exploding Content 2023 dijadualkan berlangsung di The Colony, KL ECO City, pada 12, 13, dan 14 September menampilkan beberapa sesi setiap hari; 10.30 pagi, 2.00 petang, dan 4.00 petang.
Sejak tahun 2017, Exploding Content telah diadakan setiap tahun di mana intinya tertumpu pada komitmen untuk berkongsi valuable insights, kajian kes, dan pembelajaran daripada kempen yang berjaya dilaksanakan sebelum ini.
Acara tahun ini bertujuan untuk melengkapkan para hadirin dengan instrumen dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan strategi penciptaan kandungan mereka.
Dengan penekanan kepada pemikiran berpaksikan pengguna, acara ini akan mendedahkan pakej-pakej baharu menarik yang direka memperkasakan jenama, perniagaan dan usahawan.
Menariknya, Exploding Content 2023 disesuaikan untuk memenuhi pelbagai jenis individu, termasuk pemilik perniagaan, pemasar berpusatkan digital, dan perancang.
Individu termasuk pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, profesional media dan semua yang berminat dijemput hadir untuk menyertai Exploding Content 2023.
Acara tiga hari ini menjanjikan pengalaman keseluruhan yang akan memberi inspirasi, mendidik, dan mengubah konsep dan penyampaian kandungan digital.
Jangan lepaskan peluang ini untuk merevolusikan strategi penciptaan kandungan anda. Daftar untuk Exploding Content 2023 di sini. Jumpa anda nanti!