REV Media Group dengan bangganya mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025, bermula dari 30 September hingga 2 Oktober bertempat di Basecamp Bangsar.
Tahun ini merupakan tahun kelapan acara ini berlangsung dan istimewanya kali ini adalah tema yang baru iaitu Experience Content, dengan slogan “Kempen Direalitikan Dalam Kehidupan”. Pada dasarnya, acara ini menerangkan secara mudah tentang hubung kait idea, platform dan kandungan.
Buat julung kalinya, Exploding Content akan dianjurkan di Basecamp Bangsar, dengan dua sesi eksklusif iaitu pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang.
Acara ini bukan hanya sekadar pameran malah menjemput para pengunjung untuk meneroka, berinteraksi dan merasai sendiri bagaimana kandungan di media sosial dihasilkan dan mengapa ia terus mendapat tempat di hati jutaan penonton setiap hari.

“Exploding Content sentiasa mengambil berat tentang apa yang penonton mahukan dan bagaimana jenama-jenama ini boleh berhubung dengan mereka.
“Tema Experience Content pada tahun ini juga bermaksud kami mengorak langkah yang lebih jauh contohnya ‘menghidupkan’ kempen melalui pengalaman yang merapatkan jenama dengan pengunjung, pameran interaktif, dan perkongsian pandangan yang bermakna.
“Di REV, kami percaya kandungan bukan hanya untuk ditonton, tetapi untuk dialami, dan itulah yang ingin kami bawakan kepada setiap rakan kongsi serta tetamu pada tahun ini,” kata Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group.
Apa yang Menarik pada 2025
Edisi kali ini akan menumpukan kepada tiga tema utama yang mendefinisikan bagaimana kandungan memberi impak:
Reaksi Berantai – Bagaimana kandungan yang menarik mampu mencetus momentum dan memacu permintaan berterusan.
Budaya ke Kandungan – Bagaimana pandangan budaya, digabungkan dengan inovasi AI, boleh diubah menjadi pengalaman penceritaan baharu.
Himpunan Komuniti – Bagaimana hubungan bermakna dengan komuniti dapat menembusi segala kebisingan dan memberikan kesan berkekalan.
Legasi yang Bermula pada 2017
Sejak diperkenalkan pada 2017, Exploding Content telah berkembang menjadi salah satu acara pemasaran yang paling dinantikan di Malaysia. Bermula sebagai platform untuk meneroka perjalanan pengguna yang semakin berubah, ia kini menjadi pentas bagi idea-idea berani, penceritaan kreatif, dan kempen yang bermakna.
Acara ini seiring dengan perubahan landskap media dari tahun ke tahun contohnya perjalanan pengguna, pemasaran pengaruh hinggalah strategi berdasarkan permintaan orang ramai.
Hari ini, Exploding Content terus menghimpunkan jenama, pemasar, dan perancang untuk melihat bagaimana idea, platform, dan kandungan saling terhubung bagi mencipta impak sebenar.
Sertai Pengalaman Ini
Exploding Content 2025 direka khas untuk para pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, serta perancang media yang mahu meneroka masa depan kandungan digital — dan bagaimana menukar idea menjadi pengalaman yang benar-benar menghubungkan.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Exploding Content 2025, sila klik pautan ini.