Persatuan Bola Sepak Scotland (Scottish Football Association) mengumumkan larangan terhadap trans wanita daripada menyertai bola sepak wanita di negara itu.

Ianya selepas persatuan itu semakin sedar bahawa keselamatan pemain wanita secara lahir boleh terancam beraksi dengan trans.

Bola sepak wanita untuk wanita sejati

Keputusan ini diambil dengan alasan untuk memastikan keselamatan dan keadilan dalam permainan bola sepak wanita. Langkah ini sejajar dengan tindakan yang diambil oleh beberapa badan sukan lain di UK.

scotland

Ini termasuk Kesatuan Ragbi Scotland, yang sebelum ini telah melarang wanita transgender daripada menyertai permainan ragbi kontak dalam kategori wanita. ​

Keputusan melarang trans bermain bola sepak wanita mendapat pelbagai reaksi. Beberapa pihak menyokong langkah tersebut atas dasar keselamatan dan keadilan, sementara yang lain mengkritiknya sebagai diskriminasi terhadap individu transgender.

Persatuan Bola Sepak Scotland menyatakan bahawa mereka akan terus meninjau dan menilai semula dasar ini berdasarkan bukti dan kajian terkini.​

FA Scotland

Buat masa ini larangan tersebut dikuatkuasakan mengikut peraturan yang sudah ditetapkan.

Jurucakap FA berkata: “Kami sedang meneliti dasar kami dengan teliti dan mendapatkan nasihat undang-undang.”

Persatuan Bola Sepak Scotland (SFA) tidak membuang masa, apabila bertindak atas keputusan Mahkamah Agung, untuk membincangkan pengenaan larangan sepenuhnya terhadap wanita trans dalam pertandingan khas wanita, menurut Telegraph UK.

Peguam kini sedang mengemaskini peraturan yang pada masa ini membenarkan individu yang dilahirkan sebagai lelaki untuk bermain dalam kategori jantina yang dibenarkan berdasarkan paras testosteron.

Bermain acara terbuka atau dengan lelaki

Wanita trans masih dibenarkan bermain dalam Liga Bola Sepak Kesatuan Scotland – yang terbuka kepada semua [mengikut peraturan penganjur] – atau dalam bola sepak lelaki jika mereka memilih berbuat demikian.

Menurut sumber Telegraph Sport, kini tiada pemain trans berdaftar dalam bola sepak Scotland, walaupun penjaga gol Blair Hamilton pernah bermain di sana sebelum berpindah ke England.

Pada hari Isnin, dilaporkan bahawa FA serta Lembaga Kriket England dan Wales (ECB) juga telah mendapatkan nasihat undang-undang baharu mengenai dasar transgender yang telah dikemas kini dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

ecb

Larangan sepenuhnya ke atas wanita trans dalam pertandingan wanita dalam semua jenis sukan kini dilihat semakin mungkin berlaku, dengan badan induk snuker turut mengumumkan semakan dasar mereka.

Mereka menyatakan bahawa badan induk tidak lagi boleh membenarkan atlet yang dilahirkan sebagai lelaki bersaing dengan wanita dalam mana-mana peringkat.