Scotland tidak sepopular England. Tidak stereotipikal, kalau datang UK mesti ke London. Scotland memang sebuah negara yang sangat berbeza dari jiran di selatannya.
Scotland adalah sebuah negara alam semulajadi. Senang cerita, kalau kau mahu datang Scotland, carilah alam semulajadinya. Bukan cari shoppingnya (walau pun ada tempat shopping). Bagi kau yang mahu tahu, lokasi atau destinasi yang kau mesti lawati di Scotland, aku senaraikan dibawah :
1. Glencoe
Bila sebut Glen bermaksud lembah yang curam. Memang terbentang luas, cantik ya amat. Dahulunya tapak bersejarah pembunuhan beramai-ramai, tapi kini sudah berubah menjadi lokasi sasaran pembikin filem Hollywood. James Bond dan Harry Porter bikin disini.
2. Loch Lomond & Loch Ness
Loch Lomond yang paling ramai orang datang sebab ia berhampiran dengan Glasgow dan mudah untuk sampai. Panjangnya kira-kira 36 kilometer, ada macam-macam aktiviti dan pemandangan yang sangat menenangkan.
Loch pula bermaksud tasik. Ada lebih 31 ribu lebih tasik di Scotland. Banyak gila. Tapi yang popular tentunya Loch Ness yang terkenal dengan raksasa Nessi. Dan di tebing Loch Ness juga terdapat runtuhan Urquhart Castle.
Baca: 6 Cara Mencari Makanan Halal di Britain, Scotland Dan Wales
3. Forth Bridge
Dibuka tahun 1890, merupakan jambatan laluan keretapi yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Berada dalam kawasan Edinburgh, ia menerima undian sebagai struktur paling ikonik di Scotland.
4. Edinburgh Castle
Yang ini aku rasa tidak perlu mahu explain. Kalau orang Malaysia yang datang akan nama Edinburgh la disebutnya. Anyway, Edinburgh bukan disebut ‘Edin-begh’ tapi disebut ‘Edin-bvra’. Bandar Edinburgh sendiri pun memang mempunyai tarikan bandar lama yang awesome.
5. Caingrom National Park
Taman negara terbesar di UK terkenal dengan kecantikan asli dan hidupan liar Scotland Memang natural, tidak tersentuh. Ini kawasan hutan liar juga lokasi kepada lima daripada enam gunung tertinggi di Scotland. Sebenarnya memang banyak gunung tinggi semua di Scotland.
Baca: 9 Sebab Kenapa Saya Mahu Anda Singgah Di Scotland Sewaktu Travel Di Eropah
6. Isle of Skye
Isle of Skye menbawa bermaksud ‘pulau awan’. Orang Viking menggelarnya begitu kerana selalu sangat puncak gunungnya dilingkari dengan awan. Ia adalah kedua terbesar pulau Scotland, mempunyai gunung bergerigi, tasik yang berkilauan dan tebing-tebing tinggi. Kalau datang, kau pakailah baju yang serba sesuai. Cuaca berubah cepat sangat disini.
7. Dunnottar Castle, Stonehaven
Yang ini personal choice aku. Aku rasa ini lokasi yang sangat cantik, bila ada castle di tebing tinggi laut. Dan di Stonehaven ada golf course yang memang puas mata memandang sampai ke laut!
8. Glasgow Darul Serba Serbi
Yang ini luar dari senarai sikit. Selain dari University Glasgow yang berumur lebih 500 tahun, Glasgow merupakan pintu masuk utama ke Scotland. Mahu cari apa barang semua ada disini, tempat yang paling vibrant yang menggetar rusuk. Mulakan trip dari Glasgow.
Kalau kau datang, ada macam-macam sentuhan orang Malaysia, temasuk homestay dan BnB yang diusahakan oleh orang kita. Macam-macam lagi ada kat Glasgow. Nantilah sambung lagi.
Mitos : Dikatakan juga disini bermulanya sejarah orang Melayu merantau ke Scotland, sehingga memelayuka nama dengan julukan Sekutland. Dengar kata mahu bertanding jadi datuk bandar Glasgow. Entah iya, entah tidak.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
DUN Glasgow, Scotland
Baca lagi: Itinerari ‘Road Trip’ Di Scotland Selama 7 Hari 6 Malam Dengan Bajet ‘Ground Cost’ RM560