Kelab Scotland Kilmarnock terpaksa memadamkan hantaran pengumuman pemain mereka kerana troll dan face shaming yang melampau.
Dunia bola sepak menunjukkan sokongan padu buat pemain muda berbakat, Skye Stout, 16, selepas dia menjadi mangsa tohmahan keji di media sosial berikutan pengumuman kontrak profesional pertamanya bersama kelab Scotland, Kilmarnock Women, pada Khamis lalu.
Apa yang sepatutnya menjadi hari paling gembira dalam hidup Skye bertukar menjadi mimpi ngeri apabila segelintir netizen bertindak kejam dengan mengutuk penampilan wajahnya, khususnya jerawat di mukanya.
Komen-komen negatif itu begitu teruk sehingga Kilmarnock terpaksa memadam hantaran media sosial yang memaparkan gambar Skye dalam jersi biru-putih kelab tersebut.
Namun, tindakan jijik ini mendapat perhatian ramai, dan ramai tokoh sukan serta peminat tampil mempertahankan Skye. Organisasi bola sepak akar umbi, Team Grassroots, antara yang terawal menyuarakan sokongan di platform X, mengutuk perbuatan netizen yang tidak bertanggungjawab.
Please send your love and support to 16 year old Skye Stout from Scotland, and don't let the ignorant bullies win. Yesterday, the official page of the Scottish club Kilmarnock women's team announced that the club had signed a contract with 16-year-old midfielder Skye Stout. A… pic.twitter.com/GVi7QObuwd
— Grassroots (@Teamgrassroots_) August 15, 2025
Legenda bola sepak seperti Jamie Carragher menulis, “Semoga berjaya, Skye!”
Manakala bekas pemain kriket England, Kevin Pietersen, berkata, “Jadi yang terbaik, Skye! Teruskan usaha!” Malah, bekas Menteri Pertama Scotland, Hamza Yusef, turut mengecam para pengkritik sebagai “sedih” dan “pathetic”, sambil memuji pencapaian besar Skye di usia muda.
Peminat dan tokoh media turut sama menyokong. Komen seperti, “Angkat kepala, Skye. Kau cantik dan pemain bola sepak hebat!” dan “Jangan biarkan haters mematahkan semangatmu!” membanjiri platform X, menunjukkan solidariti buat pemain tengah muda ini.
Skye, yang baru memulakan karier seniornya, kini mendapat sokongan penuh untuk terus bersinar. Dunia bola sepak bersatu di belakangnya, membuktikan bahawa bakat dan semangat jauh lebih penting daripada tohmahan kosong.
Dia juga memberikan respon dan ejekan yang diterimanya dengan berkata: “Saya biarkan bola sepak saya yang bercakap.”
Massive congratulations to client AND coach Skye Stout on her move to @KilmarnockWFC from @CelticFCWomen as she makes her first step into senior football! 🌟
Here’s an insight into Skye’s dedication to her craft! 👊🏻
All the best, Skye, from everybody at Ultimate Soccer! ❤️ pic.twitter.com/zA7mLDniJE
— Ultimate Soccer (@Ultimate_Soccer) August 15, 2025
Semoga berjaya, Skye! Kami di Malaysia juga menyokong kamu!