Baru-baru ini Khairul Aming (KA) membuat orang ramai ‘tak senang duduk’ apabila pekerjanya menunjukkan sampul raya dipenuhi sejumlah wang tunai.
Ramai yang meneka dan membuat kira-kira berapa ‘bonus raya’ yang pekerja-pekerja KA dapat.
Baca Juga:
- ‘Influencer’ Malaysia Terkejut Jumpa Orang London Kenal Khairul Aming
- Ramai Kagum Campur Cemburu Lihat Staf Khairul Aming Dapat Bonus ‘Cash’ Ribu-Ribu
- Netizen Persoal Mana Sijil Halal? Ini Jawapan Dan Strategi Khairul Aming
Seorang pengguna X.com berkongsi satu hantaran mendakwa dirinya salah seorang pekerja Khairul Aming, dan semua mendapat bonus sebanyak RM5,000.
“Saya salah seorang staf KA. Bonus tahun ni Alhamdulillah seorang 5k,” ujar akaun X.com tersebut.
Ketika hantaran itu dibuat, ramai warga X.com berkongsi semula hantaran itu kerana percaya dengan dakwaan dibuat individu terbabit.
Namun, hantaran itu telah dipadam selepas mendapat perhatian pengasas Sambal Nyet Berapi dan Dendeng Nyet Berapi itu.
KA menegur individu terbabit kerana tindakannya itu boleh menyebakan orang ramai salah faham.
“Faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. Ramai salah faham nanti, harap maklum,” tegur KA ringkas.
faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. ramai salah faham nanti harap maklum
— Khairulaming (@khairulaming) April 3, 2024
Hantaran KA itu membuatkan ramai sedar yang mereka ‘terkena’ dengan hantaran yang telah dipadam itu.
Pada masa sama ada netizen mencadangkan agar perkara-perkara melibatkan wang tunai tidak dipaparkan dalam video akan datang.
Ini kerana bagi mengelakkan penjenayah siber dan perompak mengambil kesempatan ketika para pekerja gembira menerima wang tunai yang banyak.
Lesson learnt next year bagi bonus tunjuk sampul je. No need to tunjuk the money inside it. Banyak cyber crime sekarang. Perompak pun boleh buat analysis muka masing masing dlm video tu then make some target kat setiap org. Tahu tgh seronok to kena Fikir panjang sikit.
— Rasyiqah H. (@CikSheqa) April 3, 2024
Terdahulu, Khairul Aming telah menutup operasi kilang untuk meraikan para pekerja yang sudah mencecah 100 orang.
Selain mendapat bonus wang tunai, KA turut bawa mereka semua membeli-belah baju raya, barangan dapur dan berbuka puasa di hotel.
Tambah KA lagi, beliau akan membawa kesemua pekerjanya pergi bercuti selepas hari raya nanti.