Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan bahawa parti itu mendapat berbillion ringgit wang masuk hasil daripada royalti minyak di Kelantan dan Terengganu.
Fahmi menegaskan bahawa, akaun parti tersebut telah pun diaudit oleh mereka yang bertauliah. Laporan audit tersebut sentiasa diterbitkan setiap kali kongres PKR.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Dipetik dari sumber Bernama, Fahmi kesal kerana ada individu yang memuat naik konten berbaur fitnah di media sosial ke atas parti PKR.
“Ada individu muat naik hantaran yang palsu dan fitnah yang amat jijik. KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali Kongres diadakan, Dan akaun berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah,” kata Fahmi.
Fahmi menjelaskan tiada jumlah wang seperti yang dituduh masuk ke dalam akaun parti mereka, seperti mana yang ditulis dan ditularkan di Facebook.
Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi mengesahkan bahawa dia sudah mengarahkan laporan polis dibuat. Pihaknya turut membuat aduan segera kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas individu tersebut yang menabur fitnah.
Menurut sumber Bernama, tuduhan bahawa PKR mendapat berbillion ringgit daripada royalti minyak Terengganu dan Kelantan telah ditulis oleh Sabrizan Salleh di laman peminat Jabatan Netizen Negara di Facebook.