Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim mungkin dibenarkan untuk keluar dari hospital minggu ini selepas menjalani pembedahan terakhir pada 20 Mei lalu.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Perubatan Sukan Selangor FC iaitu Dr Muhammad Hazwan Khair dimana Faisal menjalani proses pembedahan ‘split skin grafting’ (SSG) dan perkembangan pemain itu akan terus dipantau di hospital.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Faisal menjalani pembedahan keempat membabitkan prosedur SSG seperti yang dirancang pakar bedah. Jadi bagi sebarang perkembangan, saya rasakan kita perlu menunggu 48 hingga 72 jam untuk melihat status Faisal selepas pembedahan itu.

“Insya-Allah ini adalah pembedahan terakhir, tetapi kita perlu ingat perkara ini berperingkat dan kita perlu menilai Faisal secara klinikal dari semasa ke semasa. Saya harap tiada prosedur besar-besaran untuknya selepas ini,” kata menurut laporan Harian Metro.

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan lakaran wajah suspek kes simbah asid terhadap Faisal Halim.

Menurut satu kenyataan rasmi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata anggaran umur suspek ialah 30 tahun dengan ketinggian 165 sentimeter. Beliau memaklumkan suspek juga mempunyai susuk badan sederhana dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu seperti lakaran diminta menghubungi pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D6), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M.Jagachandran di talian 012-6848166 / 03-2266 6071 atau tampil di mana-mana balai polis berdekatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan Faisal Halim sebenarnya disimbah asid sulfurik pekat sehingga melecur ke tahap empat.

Asid sulfurik (sulphuric acid) pekat, H2SO4, ialah cecair yang tak berwarna tetapi sangat berbahaya kerana sangat mengkakis (corrosive) dan mengakibatkan kulit melepuh dan melecur. Kesannya sangat teruk jika terkena kulit.