Malaysia menentang Nepal pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
Di sebalik kemelut yang melanda Harimau Malaya di luar padang, skuad bimbingan Peter Cklamovski kelihatan fokus di atas padang.
Nepal memberikan saingan awal yang baik kepada Malaysia. Namun selepas itu Malaysia jelas sekali lebih dominan dari setiap aspek.
Masalah utama Malaysia pada separuh masa pertama hanyalah penyudah di bahagian serangan. Malaysia bermain dengan intensif dan memaksa Nepal bertahan.
Malaysia perkemas aksi
Pada separuh masa kedua, Malaysia memperkemaskan lagi serangan mereka dari segi kualiti penyudah.
Nepal masih kekal dengan taktikal bertahan mereka.
Malaysia di hadapan pada minit ke-56 menerusi gol oleh Faisal Halim. Pemain berjersi no.7 itu sangat tenang menyudahkan peluang 1 lawan 1 dengan leretan kemas tepat ke gawang.

Kredit kepada Safawi Rasid yang melakukan killer pass yang menarik daripada visi permainan yang cukup baik.
Minit ke-69, Faisal Halim hampir menambah gol menerusi percubaan sentuhan pertama namun sedikit tersasar.
Noah Laine kemudian cuba membidik dari luar kotak penalti – juga sedikit tersasar.
Tidak mahu memperlahankan rentak, Malaysia terus menyerang ke kubu Nepal untuk mencari gol kedua.
Pada masa kecederaan Malaysia mendapat sepakan penalti selepas berlaku insiden tidak masuk akal.
Lakin Limbu melakukan 2 kekasaran ke atas pemain yang sama, Harith Haiqal, dalam kotak penalti dalam jarak kira kira seminit untuk meraih 2 kad kuning dalam tempoh itu. Yang membuatkan dia dibuang padang.

Tetapi Paulo Josue mempersia siakan peluang dengan rembatan penalti melambung tinggi.
Tamat perlawanan Malaysia menang 1-0 ke atas Nepal. Malaysia kekal dengan rekod kemenangan 100% selepas 5 perlaanan dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 untuk kumpulan F.
Sekaligus Harimau Malaya terus memimpin kumpulan F dalam pusingan kelayakan kali ini.