Baru-baru ini, BTS menjadi kumpulan kedua paling popular di Spotify selepas Imagine Dragon sekaligus menjadi artis K-Pop pertama yang melepasi angka 1 bilion penstriman di Apple Music.

Lagu mereka berjudul Fake Love telah memecahkan rekod Gangnam Style nyanyian PSY yang telah menjadi lagu artis K-Pop yang paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2018. Kumpulan mereka hanya memerlukan masa 7 bulan untuk mendapatkan lebih 184 juta penstriman sebaik sahaja lagu tersebut dilancarkan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Jika sebelum ini, lagu Gangnam Style yang menjadi tular di kalangan orang ramai sejak 2012 yang mendapat 183 juta penstriman dan salah satu lagi dari BTS iaitu DNA tidak ketinggalan jauh dari Gangnam Style dengan mendapat 181 juta kali penstriman di Spotify.

Kumpulan itu telah melakukan pencapaian yang luar biasa sepanjang tahun 2018 dengan memastikan kedudukan mereka sebagai kumpulan paling popular di dunia dengan dua album berada di carta nombor satu serta telah menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan filem Burn the Stage: The Movie yang telah mencatatkan kutipan box office sebanyak 18.5 juta dolar.

BTS dijangka akan terus menguasai 2019 dengan muzik dan aksi-aksi mereka serta mempunyai peningkatan yang luar biasa tahun demi tahun.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber