Aktivis serta artis Fahmi Reza telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas menghasilkan karya berbaur penghinaan ke atas Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Maimunah Iskandariah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara, semalam, oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.
Penahan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran yang dibuat suspek menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
https://twitter.com/esshimself/status/1385558318496686080
Netizen berpendapat tindakan Fahmi Reza ini sudah keterlaluan kerana menggunakan imej Raja Permaisuri Agong di tempat yang tidak sepatutnya. Mereka menambah walaupun Malaysia mengamalkan freedom of speech, tetapi ia bukan lesen untuk jadi biadap.
Lantas selepas beliau ditahan oleh pihak berkuasa, netizen ‘membalas’ playlist dengan playlist Spotify khas untuk Fahmi Reza pula.
Buku bertemu ruas, playlist harus dilawan dengan playlist. Kalau macam tu kan best? Kita semua boleh dengar lagu. Buatlah macam gini ke pic.twitter.com/NH7MNEDry4
— jebs (@_TheJebs) April 23, 2021
https://twitter.com/svrvhwatevs/status/1385715141648338948
Pun begitu, berdasarkan perkongsian Norman Goh di Twitter, beberapa aktivis sudah mula berkumpul di hadapan Balai Polis Dang Wangi sebagai tanda sokongan kepada Fahmi Reza.
Menurut mereka, tindakan menahan Fahmi Reza adalah salah satu bentuk tekanan untuk freedom of speech di Malaysia. ‘Rakyat Bukan Hamba, Raja Bukan Tuhan’ turut tertulis pada salah satu placard yang dibawa oleh mereka.
Representatives from various civil society groups started gathering in front of the Dang Wangi police HQ since 8.30AM in solidarity with graphics artist Fahmi Reza @kuasasiswa who was arrested yesterday evening. Last night, a candlelight vigil was held in support of Fahmi. pic.twitter.com/ywL008ukvw
— Norman Goh (@imnormgoh) April 24, 2021
Sehubungan itu, Datuk Huzir turut menasihati pengguna media sosial agar berhati-hati dalam memuat perkongsian di media sosial.
“Kita menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu-gugat keharmonian negara,” kata Datuk Huzir.
Ini bukan pertama kali karya Fahmi Reza mencetuskan kontroversi. Baca lagi pada pautan di bawah.
Netizen Anggap Fahmi Reza Biadap, Lukis DG Hisham Dalam Mangkuk Tandas