Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan bahawa beliau akan membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Apa yang menarik perhatian, Tunku Ismail menegaskan beliau tidak akan menyertai FAM namun sebaliknya badan induk itu yang akan menyertai beliau.
Baca Juga:
- ‘Nak Bola Maju Tapi Tak Nak Ubah Mentaliti’ – Tunku Ismail
- ‘Kerajaan Siap Bantu Setiap Pasukan, Apa Lagi Anda Mahu?’ – Tunku Ismail
- Tunku Ismail Nafi Pertukaran Rumput Beri Kelebihan Kepada JDT
Pemilik JDT itu berkata demikian ketika membalas satu komen di laman media sosial Instagram baru-baru ini.
“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” katanya.
Sebagai rekod, Tunku Mahkota Ismail pernah menjadi Presiden FAM bagi penggal 2017/2021 sebelum beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya setahun kemudian.
Baru-baru ini, Tunku Mahkota Ismail menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden FAM, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin.
Sebelum ini, ketika pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak untuk pasukan Harimau Malaya, skuad bawah 18 (B-18) tahun dan B-13 dengan kerjasama FAM.
Katanya, ia bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain.
Dalam perkongsian di laman media sosial baginda pada September lalu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal selain dibantu beberapa pegawai lain antaranya Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.