Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor terus menekankan pentingnya mempunyai kualiti padang yang baik sekiranya mahu melihat bola sepak negara bergerak maju.
Menerusi laman X milik baginda, bola sepak moden perlu dimainkan di atas permukaan padang yang bagus dan rumput lembu tidak mempunyai permukaan yang baik.
Baca Juga:
- Tunku Ismail Nafi Pertukaran Rumput Beri Kelebihan Kepada JDT
- ‘Kerajaan Siap Bantu Setiap Pasukan, Apa Lagi Anda Mahu?’ – Tunku Ismail
- ’90 Peratus Padang Dalam Negara Masih Teruk’ – Tunku Ismail
Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sgt negara negara maju dlm bola dah pakai cow grass. Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada… https://t.co/0MyOYlDm1b
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 13, 2024
“Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan bermain di atas permukaan yang bagus. Kalau bagus sangat negara-negara maju dalam bola sepak dah pakai rumput lembu.
“Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar dari mereka yang lebih berjaya? Negara Laos yang miskin pun padang lagi cantik daripada negara kita.
“Masalah rumput lembu adalah permukaan dan apabila hujan air akan bertakung kerana padang tersebut diletakkan di atas tanah liat bukan pasir. Padang akan berlumpur.
“Nak bola sepak maju tapi mentaliti tak nak berubah,” tulis Tunku Ismail.
Sebelum ini, baginda menegaskan kerajaan sanggup untuk membantu setiap pasukan meningkatkan infrastruktur tetapi masih banyak alasan yang diberikan.
Thailand and Indonesia football pitch. Football Infrastructures are a priority. Kejohanan International boleh diadakan di negara mereka dan ia juga memberi advantage kepada pasukan kebangsaan mereka. Di Malaysia semua nak perubahan tetapi apabila pihak pengurusan lemah dan… pic.twitter.com/KA2Lad3tin
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 6, 2024
“Padang Thailand dan Indonesia. Infrastruktur bola sepak diberi keutamaan. Kejohanan antarabangsa boleh diadakan di negara mereka dan ia juga memberi kelebihan untuk skuad kebangsaan.
“Di Malaysia semua nak perubahan tetapi apabila pihak pengurusan lemah dan didesak untuk berubah, yang merungut nak perubahan yang membela/back up pengurusan masing masing. Kerajaan sanggup membantu setiap pasukan. Apa lagi anda mahu? Apa lagi alasan?” tambahnya.
Sebelum ini, baginda menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia selepas aksi Liga Super antara Perak menentang JDT yang sepatutnya berlangsung semalam terpaksa ditunda buat kali kedua ekoran cuaca hujan dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Tunku Ismail menyifatkan keadaan padang di Malaysia masih tidak berubah dan menyukarkan perlawanan bola sepak berlangsung.