Seperti ramai sedia maklum, sejumlah besar umat Islam sememangnya amat mementingkan isu halal dalam mendapatkan makanan dan minuman yang dijamah.

Hal ini sekaligus membuatkan kelompok ini mengelakkan diri daripada mendapatkan hidangan yang berstatus haram atau minuman beralkohol.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Mengetahui kehendak dan keutamaan pengguna di Malaysia, Family Mart Malaysia bermula Mac lalu mengesahkan telah berhenti menjual minuman beralkohol di 360 premis kedainya.

Difahamkan langkah tersebut dilakukan pihak Family Mart Malaysia dalam memastikan pelanggan berbelanjad an menjamu selera tanpa was-was di premis mereka. Perkara ini turut disahkan Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd.

Sumber: says

Tahniah diucapkan buat Family Mart Malaysia atas langkah berani yang dilakukan. Diharapkan rangkaian ini dapat terus melebarkan jumlah cawangan mereka di Malaysia sekaligus menawarkan lebih banyak produk serta mempertingkatkan servis dalam negara.