Buat anda yang kerap ke Thailand, pasti dapat merasai perbezaan cawangan 7-Eleven di sana berbanding di Malaysia.

Menurut laporan Nikkei, rangkaian kedai serbaneka popular Jepun, FamilyMart tutup operasi di Thailand selepas perjanjian francais mereka dengan Central Group berakhir akhir Mei lalu, memberi peluang kepada 7-Eleven mengetatkan pegangan mereka di Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syarikat berkenaan mengumumkan perkara tersebut pada Khamis. Disebabkan FamilyMart tutup operasi di Thailand, sekitar 400 cawangan kedai serbaneka jenama itu akan dijenamakan semula sebagai Tops Daily.

FamilyMart berada di tangga ke-4 jenama kedai serbaneka berdasarkan laporan Statista. 7-Eleven berada di tangga pertama dengan 13,000 cawangan serata Thailand; menguasai 80% pasaran yang dikendalikan syarikat terkemuka Thailand Charoen Pokphand Group (C.P Group).

FamilyMart membuka cawangan pertamanya di Thailand secara usaha sama pada tahun 1993.

Sumber