Starbucks Malaysia tidak pernah mengecewakan dan sentiasa hadir dengan menu baru yang ‘fresh’ dan istimewa. Setiap kali Starbucks muncul dengan menu baru, ramai orang tidak sabar ingin mencubanya.
Menariknya, Starbucks tampil perkenalkan 2 minuman baharu yang pasti buat anda teruja untuk mencubanya iaitu Fantasy Tail Frappuccino dan Peach Cloud with Jelly.
Kedua-dua minuman ini memiliki keistimewaannya tersendiri dan khas buat anda yang gemar bergambar, anda boleh dapatkan Fantasy Tail Frappucino dimana minuman tersebut hadir dengan ekor ikan duyung. Kiranya ‘perfect’ untuk gambar Instagram anda.
Peach Cloud with Jelly pula anda akan dapat lihat pada atas minuman seperti awan yang unik. Semestinya kedua-dua minuman ini akan ‘kick’ deria rasa anda apabila anda mencubanya. Difahamkan harga untuk minuman Fantasy Tail Frappucino bermula dari RM18.55, manakala Peach Cloud with Jelly pula berharga RM19.10 sahaja.
Bagi anda yang ingin mencuba minuman unik ini, anda boleh dapatkan di cawangan Starbucks terdekat anda esok, 29 Mei 2020 atau dapatkan melalui aplikasi FoodPanda atau GrabFood selagi stok masih ada.
Jika anda pengumpul kad Starbucks, kad edisi terhad Botanical turut tersedia untuk didapati di Starbucks. Corak bunga menjadi keunikan rekaan kad Starbucks Botanical ini. Jangan terlepas peluang kerana kad ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad.
Selain itu, Starbucks juga hadir dengan beberapa merchandise bercorak bunga dan kelihatan cantik sekali. Harganya bermula dari RM65 sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.
Jangan lupa temujanji kita untuk mencuba minuman terbaharu Starbucks Malaysia yang pasti tidak akan membuat anda menyesal. Jom kita cuba bersama pada hari esok!
Sementara itu, Starbucks turut melancarkan koleksi khas bersama jenama beg antarabangsa Herschel Supply. Baca lagi pada pautan di bawah.
Koleksi Edisi Terhad Starbucks x Herschel Supply Kini Boleh Didapati Di Malaysia
Starbucks Keluarkan Beg Edisi Khas Yang Diilhamkan Daripada Beg Kertas
Pernah Jatuh, Ini ‘Rahsia’ Dan Cara Starbucks Kembali Kuasai Pasaran Kopi Di Seluruh Dunia